LAGU FREDDIE MERCURY YANG HILANG SELAMA TIGA DEKAD BAKAL DILANCARKAN
Face It Alone merupakan salah satu daripada enam lagu yang hilang dan bakal dimuatkan dalam album edisi kolektor The Miracle 2022 yang akan dilancarkan pada 18 November 2022. Empat daripadanya menampilkan vokal Freddie.
Berentak balada perlahan, Face It Alone dimulakan dengan pukulan dram dan petikan gitar sebelum Freddie melontarkan lirik, “When something so near and dear to life / Explodes inside / You feel your soul is set on fire.”
Ia direkodkan dalam sesi rakaman bersejarah di London dan Switzerland, selepas Freddie didiagnos menghidap HIV namun tidak mendedahkannya kepada umum.
Dengan vokal lantang, dia bagaikan merujuk kepada tahap kesihatannya yang merosot dengan lirik meruntun jiwa, “In the end / You have to face it all alone” (Pada akhirnya / Anda perlu menghadapinya sendirian).

Foto: YouTube
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KENALI SAIXSE PENYANYI FENOMENA MALAMPAGI
Kehadiran Saixse adalah bukti bahawa bakat muda Malaysia mampu mencipta gelombang bukan sahaja di tanah air malah merentas sempadan.
ZAKI YAMANI: WARISI BAKAT LEGENDA, SUARA GENERASI BAHARU
Dari seorang remaja yang mengidolakan bapanya, kini dia berdiri sebagai artis muda berbakat yang sedang mencipta legasinya sendiri.
MALIQUE ‘THE GENERAL’ KEMBALI! MENGUBAT RINDU PEMINAT
Malique, atau dikenali sebagai The General, bukan sekadar seorang rapper dan penulis lirik, tetapi juga seorang ikon yang terus berpengaruh.
ALIFF AZIZ: SEORANG LELAKI YANG SEMAKIN MATANG
Dari bintang di pentas hiburan hingga menjadi bapa, Aliff Aziz adalah bukti bahawa setiap lelaki boleh berubah kepada lebih baik.
NANON KORAPAT KINI RAKAN COACH ASIA TENGGARA
Nanon Korapat kini melangkah ke fasa yang lebih besar dalam kerjayanya, bersama Coach, membawa semangat keberanian, ekspresi diri, dan keyakinan di seluruh Asia Tenggara.
CUKUP POPULAR NAMUN 5 PENYANYI INI TIDAK PERNAH MEMBAWA PULANG TROFI GRAMMY
Kemenangan tidak menentukan paras kejayaan seseorang artis kerana kebanyakan pemuzik terkenal sepanjang zaman tidak pernah memenangi anugerah Grammy.