LEE ZII JIA TERUS CEMERLANG
Pertemuan terakhir kedua-dua bintang itu adalah sewaktu pusingan akhir Terbuka Hylo di Jerman yang berlangsung pada November tahun lalu di mana Zii Jia terpaksa menarik diri akibat kecederaan.
Berada di kedudukan ketujuh terbaik dunia, kemenangan itu nyata menjadi perangsang buatnya untuk lebih yakin selepas melalui masa sukar dengan prestasi yang tidak konsisten tahun lalu.
“Kali ini saya cuba untuk lebih fokus, tenang dan tidak terlalu beremosi sewaktu bermain seperti tahun lalu. Saya rasa seluruh rakyat Malaysia juga menantikan perlawanan ini dan saya gembira apabila meraih kemenangan.
“Sasaran tahun ini adalah untuk menstabilkan prestasi. Perlawanan ini mungkin salah satu cara untuk menstabilkan emosi saya,” katanya.
Menerusi lima perlawanan menentang Kean Yew, Zii Jia berjaya menumpaskan pemain berusia 25 tahun itu pada Cabaran Antarabangsa Smiling Fish 2016 dan Terbuka China Fuzhou 2019 namun gagal mempertahankan kemenangan pada Terbuka Perancis 2021 dan peringkat akhir Terbuka Hylo 2021.

Foto: Haloyouth
Foto: Utusan
Pautan berkaitan: LEE ZII JIA TAMPIL JUARA ALL ENGLAND 2021
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 MOMEN TERGEMPAR ARENA SUKAN 2024
Tahun 2024 memperlihatkan momen-momen yang menggembirakan, menyentuh hati, dan menggegarkan dunia sukan.
KEMBARA GAYA DI KUALA LUMPUR BERSAMA GL GANG, SHARUL AIMY DAN JASON TAN
GL Gang, Sharul Aimy dan Jason Tan memulakan pengembaraan urban di sekitar Kuala Lumpur dengan koleksi UNIQLO Summer Travel Essentials yang selesa, ringan dan bergaya.
“IMPIAN SAYA ADALAH MENJADI SEORANG PELAKON SENI MEMPERTAHANKAN DIRI.” – ALTON ANG
GLAM Lelaki menampilkan bintang muda dan atlet wushu kebangsaan, Alton Ang dalam eksplorasi urban bersama wangian ikonik, Bleu De Chanel yang eksklusif.
SAFEE SALI: DARI PADANG BOLA SEPAK KE KONTI RADIO
Lima bulan menempuh alam persaraan, Safee Safi mengumumkan dia bakal menghangatkan kerusi konti sebagai penyampai radio.
DATUK LEE CHONG WEI ATLET MALAYSIA PERTAMA MENGHIASI MADAME TUSSAUDS
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menerima pengiktirafan istimewa apabila diabadikan dalam bentuk patung lilin di Madame Tussauds.
“I AM READY TO COMPETE!” – IRFAN SHAMSUDDIN KONGSI PERSEDIAAN KE SUKAN KOMANWEL 2022
Eksklusif! GLAM Lelaki berpeluang menemu bual atlet lempar cakera negara juga duta Under Armour, Irfan Shamsuddin mengenai persediaannya ke Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, United Kingdom.