MICHELLE YEOH CIPTA SEJARAH, PELAKON MALAYSIA PERTAMA TERCALON DI ANUGERAH OSCAR
Legenda perfileman negara, Tan Sri Michelle Yeoh menerima pencalonan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Oscar 2023.
Sejarah tercipta di Hollywood apabila nama Tan Sri Michelle Yeoh diumumkan sebagai salah seorang calon untuk Anugerah Oscar 2023. Legenda perfileman negara itu menjadi pelakon Malaysia pertama yang tercalon untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk filem “Everything Everywhere All at Once”.

Tan Sri Michelle Yeoh menepati ramalan untuk dicalonkan untuk kategori utama ini. Beliau bakal bertanding bersama pemenang Oscars sebanyak dua kali, Cate Blanchett untuk filem “Tar”. Turut tercalon adalah Michelle Williams (The Fabelmans), Ana de Armas (Blonde) dan juga Andrea Riseborough (To Leslie).
Wanita Asia Pertama Tercalon Untuk Oscar
Pelakon yang telah mencipta nama melalui barisan filem hebat seperti “Crouching Tiger, Hidden Tiger”, “Supercop”, “Tomorrow Never Dies” dan “Crazy Rich Asians” turut mencipta sejarah Hollywood. Beliau merupakan pelakon Asia pertama yang dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Oscars.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
AVANT-GARDE & HIGH FASHION DESIGNER “ON YOUR RADAR”
Sorotan pereka avant-garde dan high fashion Malaysia yang wajar diberi perhatian dalam landskap fesyen kontemporari tempatan.
ERRA FAZIRA KINI ISTERI EZWAN ZAIN
Erra Fazira kini selamat bergelar isteri kepada Ezwan Zain. Pasangan ini dinikahkan pada pagi 12 Disember tadi.
6 SELEBRITI WANITA PALING MENYERLAH SEPANJANG TAHUN 2025
Barisan selebriti wanita pada tahun 2025 masing-masing menyerlah dengan cara tersendiri dari segi lakonan, nyanyian, perniagaan serta fesyen.
“TEGAS BILA PERLU, MESRA BILA WAJAR, DAN SPONTAN.” – HAJJAR
GL Girl Crush kali ini membawa Hajjar, seorang pelakon baharu yang sedang membina nama dengan bakat versatilnya dalam dunia hiburann terkini.
TONTON SEMULA 5 FILEM LAKONAN QUE HAIDAR INI!
Pelakon, penerbit, bapa dan kini content creator, Que Haidar kembali tular di media sosial dengan kehadirannya sekarang.
KENALI WAJAH-WAJAH MUDA DALAM DUNIA LAKONAN MALAYSIA
Malaysia kini dipenuhi dengan wajah-wajah muda di dalam dunia lakonan tempatan menjadikan industri ini lebih berkembang.











