MULA BERKENALAN DI TWITTER, PAUL MESCAL UMUM PERTUNANGAN BERSAMA PHOEBE BRIDGERS
Mereka memulakan kisah percintaan mereka di Twitter. Pada 2020, mereka telah berkomunikasi secara umum selepas Paul membalas hantara yang dibuat oleh Phoebe mengenai siri televisyen, “Normal People”.
Walaupun mereka telah menjalin hubungan cinta sejak 2020 lagi, hanya pada awal tahun ini mereka mengesahkan ikatan percintaan mereka melalui Instagram. Mereka juga telah beberapa kali menghadiri acara karpet merah bersama.
Nama Paul Mecal mula menjadi bualan peminat selepas dia membintangi siri “Normal People” pada 2020. Dia telah menerima penganugerahan Pelakon Lelaki Terbaik di British Academy Television Award, serta nominasi untuk Preimetime Emmy Award dan Critics’ Choice Television Award. Dia turut membintangi filem “The Lost Daughter” arahan Maggie Gyllenhaal pada 2021.

(Photo by John Lamparski/Getty Images)
Dia pernah membintangi video muzik lagu Phoebe Bridgers berjudul “Savior Complex” yang diarahkan oleh Phoebe Waller-Bridge. Phoebe Bridgers juga membuat pengakuan mengenai penulisan lirik lagu “Sideline” yang berkisahkan tentang Paul. Phoebe telah menerima empat pencalonan di Anugerah Grammy ke-63 pada 2021, termasuklah untuk kategori Artis Baharu Terbaik.
Foto: Getty Images
Baca lebih lanjut: CITA RASA TRUFFEL OSUSUME DI NOBU KL
Tags
Artikel Yang Berkaitan
8 JENAMA FESYEN MANFAAT TEKNOLOGI AI
Jenama fesyen besar dunia kini tidak lagi bergantung pada iklan tradisional untuk menarik perhatian pelanggan. Teknologi AI adalah masa kini.
TERGEMPAR: SABATO DE SARNO SIGNING OFF DARI GUCCI
Sabato De Sarno, meninggalkan jenama utama Itali selepas kurang daripada dua tahun. Pertukaran pereka berprofil tinggi terbaru dunia fesyen!
GEORGE MCKAY WAJAH KEMPEN TERBARU GUCCI
Gucci telah melancarkan kempen musim bunga/panas 2025. Dirakam oleh Xavier Dolan, tawaran terbaru Pengarah Kreative Sabato cukup menggoda.
CHIC, ATHLETIQUE, LEMBARAN FESYEN KOLEKSI CRUISE 2024
Lembaran fesyen terakhir 2024, menampilkan ceraian-ceraian hangat koleksi Cruise 2024. Dari Louis Vuitton, Prada ke Celine.
BAGAIMANA PAUL MESCAL BINA OTOT UNTUK WATAK LUCIUS DALAM GLADIATOR II?
Otot kekar Paul Mescal mencuri perhatian dalam filem sekuel yang dinantikan peminat, Gladiator II.
JOSHUA FITTON BERTUNANG BERSAMA SITI SALEHA
Berita pertunangan Joshua Fitton dan Siti Saleha menerima respon positif daripada media dan peminat mereka berdua.