Skip to content

NAS-T BAWA WATAK ADIWIRA LOKAL YANG IKONIK, KELUANG MAN.

Kongsikan artikel ini

NAS-T MELUANGKAN MASA BERSAMA GLAM LELAKI UNTUK BERKONGSI SUDUT PERIBADI DAN PERSIAPANNYA MENERAJUI FILEM ADIWIRA YANG DINANTI-NANTIKAN, ‘KELUANG MAN’. 

Dunia lakonan Melayu menyaksikan ramai anak seni berbakat serta mempunyai kekuatan tersendiri, dan salah seorang pelakon yang kehadirannya bukan seperti angin lalu adalah Nas Muammar atau lebih dikenali sebagai Nas-T.

Sejak kebelakangan ini, namanya semakin mendapat perhatian sejak dilihat membintangi filem adiwira Keluang Man yang bakal menemui penonton di pawagam, 29 Mei ini. 

Ketika ditemu bual baru-baru ini, Nas akui perasaannya bercampur baur menantikan hari tayangan filem berkenaan kerana bakal menerima pelbagai reaksi daripada penonton.

“Jujur, saya sangat nervous! Ini pertama kali saya memainkan watak utama dan menggalas tanggungjawab yang sangat besar iaitu membawa penjenamaan ikonik Keluang Man. Pada masa sama, saya teruja dan tak sabar untuk beri orang ramai tonton hasil kerja keras saya dalam filem ini,” katanya membuka bicara.

Ternyata pemilik nama lengkap Nas Muammar Zar Nasruddin ini sangat bersyukur kerana watak sebagai Keluang Man itu disifatkan sebagai impian jadi nyata. 

“Sudah jadi impian setiap lelaki untuk menjadi seorang adiwira, syukurlah saya dapat melakukannya dalam lakonan saya di layar perak. Membawa watak ini memberikan kepuasan kepada saya dari segi permainan emosi. Saya dapat luahkan segala jenis emosi untuk menjayakan karakter tersebut. Dari segi aksi pula, saya dapat push diri saya ke tahap maksimum untuk melakukan adegan pertarungan dan lagak ngeri,” jelasnya.

Seperti dijangka, promosi awal filem tersebut juga mendapat reaksi positif daripada penonton muda setakat ini.

“Setakat peringkat promosi awal ini, kami mendapat banyak maklum balas yang positif dari peminat Gen Z dan Gen Alpha. Mereka semua teruja untuk menonton . Saya harap akan ada ada ramai lagi peminat muda yang akan menyokong filem ini.

Anak-anak Nas-T juga rasa teruja!

“Anak-anak saya pun teruja walaupun pada mulanya mereka tak faham tentang penceritaan Keluang Man sampailah mereka lihat iklan di TV dan promosi di media sosial. Setiap kali terlihat saya di billboard, anak yang paling kecil (3 tahun) selalu sebut “itu Baba!” kongsi Nas lagi.

Sebelum melangkah masuk ke set, persediaan awal yang dibuat Nas untuk membawa watak Keluang Man juga bukanlah mudah kerana dia perlu menurunkan berat badan dengan menjalani diet yang agak ketat.

“Selepas menerima tawaran dan sudah dipastikan tentang penglibatan saya dalam filem berkenaan, pengarah Anwari Ashraf memberitahu yang saya perlu turunkan berat badan supaya kelihatan lebih lean, kerana ketika itu badan saya agak bulky.

“Jadi, saya pun terus mengamalkan carnivore diet dengan memakan telur dan daging cincang dimasak dengan mentega (grass fed butter) dan sedikit garam untuk rasa. Selepas sebulan, berat badan saya berjaya diturunkan sebanyak 5 kilogram. Berat badan saya terus dikekalkan sepanjang penggambaran demi untuk nampak jawline apabila memakai topeng. Selain itu, saya juga diberi cef khas untuk menyediakan makanan saya ketika di set penggambaran,” kata pelakon berusia 41 tahun ini.

Cabaran membawa watak Keluang Man

Saat ditanya tentang pengalaman melakukan aksi lagak ngeri (stunt) sendiri, Nas akui itulah perkara yang paling mencabar dan susah untuk dilakukan.

“Saya kena belajar empat jenis seni bela diri dan belajar buat stunt sendiri selama lima bulan. Untuk membuat aksi sebegitu sambil memakai kostum adiwira, bukanlah satu perkara mudah malah ia adalah yang paling susah sepanjang saya berlakon. Apapun, saya puas hati dan rasa usaha saya berbaloi. Insya-Allah kalau ada rezeki lagi, saya masih mahu lakukannya,” katanya.

Selain soal filem, sempat juga saya mencungkil beberapa perkara yang menjadi keutamaan Nas sejak berusia 40’an seperti sekarang.

“Keutamaan saya kini adalah mencari keseimbangan antara kerjaya dan masa bersama keluarga. Pada masa sama, tentutnya untuk menjaga kesihatan supaya kekal sihat dan cergas. Saya ingin terus menjaga keluarga saya, saya tidak mahu isteri dan anak-anak yang menjaga saya,” ujarnya.

Jelas terpancar kasih sayang yang utuh sebagai ketua keluarga, Nas sempat mendedikasikan kata-kata manis buat isteri tercinta, Atita Haris.

“Terima kasih kerana  sentiasa ada di belakang saya, selalu memberi kata-kata semangat supaya terus berusaha dan tidak berputus asa dalam mengejar impian saya dalam menjaga keluarga kecil kami ini. I love you so much!,” ungkapnya.

Artikel berkaitan: 6 PEMPENGARUH FESYEN LELAKI ANDA PATUT IKUTI

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LAKONAN BETO KUSYAIRY MENGHIDUPKAN FILEM “GAYONG”

Bacaan Lanjut
Stronger With You Armani

A BOLD NEW CHAPTER, MILIKI HARUMAN ARMANI EA STRONGER WITH YOU

Bacaan Lanjut

ANDY TEH HERO BARU FILEM AKSI MALAYSIA

Bacaan Lanjut
5 FILEM LAKONAN HEBAT SHARNAAZ AHMAD

5 FILEM LAKONAN HEBAT SHARNAAZ AHMAD

Bacaan Lanjut

5 PELAKON MESTI KENALI DALAM FILEM BLOOD BROTHERS

Bacaan Lanjut
NYK glam lelaki

FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN NYK

Bacaan Lanjut