NEELOFA DAN VIVY YUSOFF TERSENARAI DALAM FORBES 30 UNDER 30 ASIA 2017
Forbes Asia baru sahaja mengumumkan senarai ’30 Under 30′ Asia dan apa yang menggembirakan, seramai 10 orang usahawan tempatan berjaya memasuki senarai tersebut. Ternyata senarai ini sentiasa menjadi batu ukuran akan kejayaan dan pengaruh usahawan-usahawan ini yang terdiri dari pelbagai bidang dan cabang. Yang pasti, dua usahawan wanita terkenal iaitu Neelofa dan Vivy Yusoff turut tersenarai.
Senarai 30 Under 30 Asia ini merangkumi 10 kategori yang mana setiap kategori mempunyai 30 orang yang tersenarai dengan kejayaan masing-masing menjadikan 300 orang kesemuanya. 10 kategori tersebut termasuklah teknologi konsumer, teknologi perusahaan, hiburan dan sukan, seni, kewangan dan ekonomi, industri, pembuatan dan tenaga, penjagaan kesihatan dan sains, usahawan sosial, media, pemasaran dan pengiklanan serta runcit dan e-dagang.
Aktres, hos dan usahawan berjaya dan terkenal, iaitu Noor Neelofa berjaya tersenarai di dalam kategori runcit dan e-dagang. Umum mengetaui Neelofa bukan hanya berbakat dalam bidang lakonan semata, malah juga dia terkenal sebagai seorang pengasas NH Prima International. Kejayaannya boleh dilihat menerusi pengurusan Naelofar Hijab yang kini terjual di 38 buah negara termasuklah di daerah mewah Chelsea di London. Ternyata cukup membanggakan!
Seorang lagi wanita berpengaruh iaitu Vivy Yusof turut tersenarai. Beliau merupakan blogger dan pengasas bersama FashionValet. Dengan jualan di Indonesia, Brunei, Australia dan United Kingdom, portal beli-belah fesyen itu membawa banyak label fesyen rekaan pereka fesyen terkenal termasuklah skarf serta aksesori jenama Vivy sendiri.
Layari pautan ini bawah untuk senarai penuh mereka yang tersenarai.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 14 April 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
JENAMA STREETWEAR SETIAP LELAKI PERLU TAHU
Dalam dunia fesyen yang dinamik, streetwear telah muncul sebagai powerhouse style, menggabungkan urban aesthethic dengan trend kontemporari. Dicirikan oleh getarannya yang edgy, kasual dan cool vibe, streetwear telah menarik perhatian lelaki bergaya di seluruh dunia.
MENGAPA ABDULLAH ABBAS MENJADI PILIHAN HARIS ISMAIL & NEELOFA?
Genap tujuh hari dilahirkan ke dunia, pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail mengumumkan nama putera kedua mereka kepada umum.
DI SEBALIK PEMILIHAN NAMA PUTERA KEDUA NEELOFA & HARIS ISMAIL
Pasangan selebriti dan usahawan, Neelofa serta Haris Ismail selamat menimang cahaya mata kedua pada hari Selasa, 11 Julai lalu.
5 WANITA TERKAYA DUNIA, SIAPA DI TANGGA TERATAS?
Semak siapakah yang berjaya menempatkan diri dalam senarai wanita paling kaya di dunia pada tahun 2023, menurut Forbes.
SENARAI BILIONAIR FORBES 2023: KANYE WEST TERCICIR, RIHANNA TERGELINCIR
Forbes telah mengeluarkan senarai bilionair 2023 sekali gus meletakkan noktah pada penantian peminat yang mahu melihat siapakah artis tersenarai tahun ini.
NEELOFA & HARIS ISMAIL BAKAL TIMANG CAHAYA MATA KEDUA
Selepas setahun dikurniakan Muhammad Bilal, Neelofa mengumumkan khabar gembira bahawa dia kini sedang berbadan dua.