NICK JONAS MULA BERBICARA MENGENAI CAHAYA MATA
Ahli kumpulan Jonas Brothers, Nick dan isterinya, Priyanka Chopra sudah berumah tangga lebih dua tahun.
Sejak majlis resepsi besar-besaran mengikut tradisi India dan Kristian di Rajasthan yang berlangsung pada Disember 2018, Nick dan Priyanka menghabiskan masa bersama keluarga dan anjing peliharaan mereka di Los Angeles.
Baru-baru ini Nick ditanya oleh media mengenai perancangannya untuk membesarkan keluarga dan jawapan yang diberi, dia mahukan cahaya mata seramai mungkin!
Jelas penyanyi Jealous ini, dia berharap dapat menimang anak satu hari nanti namun buat masa sekarang, kebahagiaan Priyanka adalah keutamaannya.
Dia menganggap isterinya sebagai “satu potongan teka-teki yang paling penting.” Mempunyai cahaya mata adalah sesuatu yang mereka harapkan akan terjadi satu hari nanti, bukan dalam masa terdekat.
“Kami bersyukur kerana mempunyai satu sama lain dan menyimpan hasrat yang tinggi untuk masa hadapan. Perkara ini di luar kawalan, dan kami teruja dengan kemungkinan itu,” katanya.
Buat masa sekarang, pasangan ini sedang sibuk dengan kerjaya masing-masing. Priyanka sedang menjalani penggambaran filem Text For You selama setahun di London manakala Nick pula dikhabarkan bakal kembali ke kerusi juri untuk program The Voice tidak lama lagi.
Namun apabila sudah tiba masanya untuk mereka membesarkan keluarga, Nick berharap ia akan menjadi satu perjalanan yang indah. Dia menambah, mereka akan berfikir mengenainya apabila perkara itu benar-benar berlaku. Buat masa ini, mereka sedang memberi fokus untuk memantapkan diri masing-masing.
Bulan lalu, Priyanka berseloroh mengatakan dia sudah bersedia dan inginkan anak seramai satu pasukan kriket iaitu 11 orang.
Foto: Marc Piasecki/Getty Images
Pautan berkaitan: GEORGE CLOONEY ISI MASA TERLUANG KETIKA PANDEMIK DENGAN MENJAHIT
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KHABAR ANGIN JUSTIN BIEBER MUFLIS BENAR BELAKA?
Dalam dunia selebriti yang penuh drama, Justin Bieber menjadi bualan bukan kerana muzik terbaru, tetapi kerana satu dakwaan yang mengejutkan.
JOHNNY DEPP KEMBALI DENGAN GAYA ‘SILVER FOX’ DALAM FILEM TERBARU DAY DRINKER
Johnny Depp, bintang legenda hadir dengan transformasi yang mengubah persepsi – satu gaya silver fox yang membangkitkan perbualan hangat.
TOM HARDY EFFECT: SENARAI WAJIB TONTON UNTUK ANDA
Tom Hard lebih daripada sekadar wajah garang dan berrahang tajam. Ia tentang intensiti yang membara, tenaga hebat dan aura maskulin.
5 GAYA FESYEN NABIL AHMAD
Nabil Ahmad bukan sahaja dikenali sebagai pengacara berbakat dan pelawak versatil, tetapi juga dengan gaya uniknya.
ALIFF AZIZ: SEORANG LELAKI YANG SEMAKIN MATANG
Dari bintang di pentas hiburan hingga menjadi bapa, Aliff Aziz adalah bukti bahawa setiap lelaki boleh berubah kepada lebih baik.
5 DRAMA TERBAIK LAKONAN RAJA ATIQ
GLAM Lelaki senaraikan lima drama terbaik lakonan Raja Atiq yang telah mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai bintang drama Malaysia.