Skip to content

PADA USIA 51, AKHIRNYA AARON KWOK AKHIRI ZAMAN BUJANG

Kongsikan artikel ini

Bintang Hong Kong kacak dan popular, Aaron Kwok akhirnya menamatkan zaman bujang apabila mengahwini seorang model, Moka Fang yang berumur 29 tahun. Majlis perkahwinan berskala sederhana itu diadakan di Hotel Penisula, Hong Kong semalam. Aaron Kwok berumur 51 tahun. Perkahwinan ini ternyata mengembirakan peminat malah menutup segala spekulasi yang timbul di awal perkahwinan mereka.

Sebelum majlis berlangsung, Moka juga memuat naik gambar sepasang kasut berwarna merah, sekali gus mencetuskan  spekulasi bahawa ia adalah kasut pengantin yang akan dipakai pada hari perkahwinannya. Majlis berkenaan bagaimanapun hanya dihadiri kenalan rapat dan anggota keluarga Aaron dan Moka, manakala media pula tidak dibenarkan masuk.

Aaron dilihat yang terakhir melangsungkan perkahwinan selepas tiga lagi nama besar dalam gelaran Empat Raja Syurga yang diberikan kepada beliau serta Jacky Cheung, Andy Lau dan Leon Lai. Sewaktu majlis, Aaron dilihat sangat segak menyarungkan busana dari Tom Ford manakala Moka pula mengenakan Georges Hobeika dengan barang hiasan daripada koleksi Louis Vuitton.

Pasangan romantis ini dipercayai mula menjalin hubungan pada 2015 itu lebih selesa mengunci mulut mengenai perkahwinan mereka hinggalah desas-desus mengenai majlis berkenaan mula bertebaran sekitar bulan lalu. Mereka berdua pernah berpisah sebelum ini selepas spekulasi timbul mengatakan Moka seorang wanita ‘pisau cukur’. Berita perkahwinan itu disahkan oleh pengurus Aaron, Leung May May. Tahniah GL ucapkan kepada pasangan tersebut.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 19 April 2017

 

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026

SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026

Bacaan Lanjut

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA: DALAM RENTAK SENDIRI

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI

Bacaan Lanjut
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

Bacaan Lanjut
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEKIRANYA ANDA MEMINATI ALPHA

5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA

Bacaan Lanjut
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA

5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA

Bacaan Lanjut