Skip to content

PENAMPILAN KARPET MERAH PERTAMA BRAD PITT & INES DE RAMON SEBAGAI PASANGAN KEKASIH

PENAMPILAN KARPET MERAH PERTAMA BRAD PITT & INES DE RAMON SEBAGAI PASANGAN KEKASIH

Kongsikan artikel ini

Selepas cuba merahsiakan perhubungan cinta selama dua tahun, Brad Pitt secara rasminya memperkenalkan teman wanitanya kepada umum.

Baru-baru ini pasangan itu membuat penampilan sulung mereka di karpet merah Festival Filem Venice ke-81 yang berlangsung di Itali. Kehadiran mereka adalah sempena tayangan perdana filem terbaru lakonan Brad berjudul Wolfs.

Aktor berusia 60 tahun itu tampil segak dalam persalinan Louis Vuitton untuk acara tersebut. Manakala Ines de Ramon, 34, yang merupakan pereka barang kelihatan anggun dalam gaun rona putih. Pasangan itu dilihat memegang erat satu sama lain dan beraksi mesra sambil memberi pose kepada jurugambar.

Foto: Getty Images

Foto: Getty Images

Turut hadir bersama adalah pelakon gandingan Brad dalam Wolfs, George Clooney bersama isterinya Amal Alamuddin. Keempat-empat mereka sempat merakam foto bersama di karpet merah untuk meraikan kejayaan filem itu.

Hubungan Brad Pitt & Ines De Ramon

Sehari sebelum menghadiri tayangan perdana Wolfs, kedua-dua pasangan itu sempat meluangkan masa untuk ‘double date’ di salah satu restoran kegemaran George di Venice.

Kelibat mereka dirakam menaiki bot teksi ke Ristorante da Ivo untuk menikmati makan malam bersama. Brad dan Ines tiba di Venice pada awal pagi hari yang sama.

Brad Pitt Ines de Ramon

Foto: Splash News/Cobra Team/Backgrid

Foto: Splash News/Cobra Team/Backgrid

Minggu lalu penganjur mendedahkan mereka mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan Brad dan bekas isteri, Angelina Jolie tidak bertembung di karpet merah Festival Filem Venice.

Pelakon ‘Mr. & Mrs. Smith’ yang berkongsi enam cahaya mata itu melalui proses mahkamah yang sukar sejak Angelina menfailkan tuntutan cerai pada 2016.

Ines pula pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Vampire Diaries, Paul Wesley. Bagaimanapun perkahwinan mereka musnah pada 2022.

 

Foto: Page Six

Pautan berkaitan: TERIMA STANDING OVATION LAPAN MINIT, ANGELINA JOLIE MENITISKAN AIR MATA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

JUSTIN THEROUX LAMAR KEKASIH DENGAN CINCIN BERLIAN BERNILAI SENTIMENTAL

JUSTIN THEROUX LAMAR KEKASIH DENGAN CINCIN BERNILAI SENTIMENTAL

Bacaan Lanjut
ED WESTWICK & AMY JACKSON DIRAI SEBAGAI SUAMI ISTERI DI ISTANA ITALI ABAD KE-16

ED WESTWICK & AMY JACKSON DIRAI SEBAGAI SUAMI ISTERI DI ISTANA ITALI ABAD KE-16

Bacaan Lanjut
7 PASANGAN SELEBRITI POPULAR DENGAN JURANG USIA KETARA

7 PASANGAN SELEBRITI POPULAR DENGAN JURANG USIA KETARA

Bacaan Lanjut
SHILOH GUGUR NAMA BAPA, INI RESPONS BRAD PITT

SHILOH GUGUR NAMA BAPA, INI RESPONS BRAD PITT

Bacaan Lanjut
HATI JASON MOMOA KINI MILIK AKTRES PUERTO RICO

HATI JASON MOMOA KINI MILIK AKTRES PUERTO RICO

Bacaan Lanjut
7 BINTANG HOLLYWOOD YANG MERUPAKAN JURUTERBANG BERTAULIAH

7 BINTANG HOLLYWOOD YANG MERUPAKAN JURUTERBANG BERTAULIAH

Bacaan Lanjut