PENAMPILAN PERTAMA ROMEO BECKHAM UNTUK L’UOMO VOGUE
Selepas Brooklyn Beckham, kini giliran Romeo pula membuat kemunculan pertama di kulit majalah L’Uomo Vogue untuk The Generation Issue pada usia 18 tahun.
Tampil bergaya dalam persalinan Prada, Romeo sememangnya mempunyai wajah dambaan dan boleh melangkah jauh dalam bidang modeling.
Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah kemiripan yang diwarisi daripada ibu bapanya. Wajah Romeo saling tidak tumpah seperti ibunya, pereka fesyen Victoria Beckham dan rambut perangnya mengingatkan peminat kepada dandanan yang digayakan bapanya, David Beckham pada awal tahun 2000.
Romeo memuat naik foto tersebut buat tatapan pengikutnya di Instagram dua hari lalu. “Teruja untuk berkongsi penggambaran pertama saya untuk kulit majalah @luomovogue,” tulisnya di kapsyen.
Malah ibu bapanya turut berkongsi berita menggembirakan itu Instagram masing-masing. “Kami sangat berbangga dengan kamu. Kulit majalah pertama yang luar biasa untuk @luomovogue,” tulis David.
Selebriti A-list juga tidak mahu ketinggalan memberi komen pujian antaranya Justin Bieber yang menulis, “What a stud”, juga David Furnish yang meninggalkan komen, “So proud of my Godson!”.
Keluarga Beckham sememangnya terkenal dengan sikap saling menyokong di antara satu sama lain di media sosial. Disember lalu, David berkongsi video anak lelakinya, Cruz yang berusia 15 tahun memainkan Van Halen di piano.
“Jaga-jaga Uncle Elton! @cruzbeckham mempelajarinya hanya dalam masa sehari,” tulis David berserta sambungan, “Latihan menjadikannya sempurna @eltonjohn.”
Victoria pula kelihatan kagum dan keliru dalam masa yang sama apabila melihat Cruz tampil dengan rambut merah jambu dalam video tersebut. “Sangat bangga!!! Apa terjadi dengan rambut kamu? Love you Cruz!”, tulisnya.
Mereka juga tidak segan berkongsi usikan manja, antaranya apabila bekas ahli Spice Girls itu memuat naik foto di Instagram Story dan memberitahu David bahawa “Gaston dari Beauty and the Best mahukan kasut butnya kembali.”
“Isteri saya membuat keputusan untuk memuat naik foto tanpa bertanya kepada saya atau memotong gambar kasut saya. Revenge will be sweet @victoriabeckham,” tulisnya yang turut menjelaskan dia tidak mempunyai pilihan kasut lain waktu itu.

Foto: Victoriabeckham/Instagram
Foto: Mert & Marcus
Pautan berkaitan: BEN AFFLECK AKUI TERIMA WATAK BATMAN DEMI ANAK
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 GAYA FESYEN NABIL AHMAD
Nabil Ahmad bukan sahaja dikenali sebagai pengacara berbakat dan pelawak versatil, tetapi juga dengan gaya uniknya.
ALIFF AZIZ: SEORANG LELAKI YANG SEMAKIN MATANG
Dari bintang di pentas hiburan hingga menjadi bapa, Aliff Aziz adalah bukti bahawa setiap lelaki boleh berubah kepada lebih baik.
NIK RIFA’IE: WAJAH UTAMA GL GANG & MENYELAMI KREATIVITI BINTANG BERBAKAT BESAR
Nik Rifa'ie yakin bahawa inisiatif ini akan membawa inspirasi kepada ramai, sekaligus membuka peluang baru.
5 DRAMA TERBAIK LAKONAN RAJA ATIQ
GLAM Lelaki senaraikan lima drama terbaik lakonan Raja Atiq yang telah mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai bintang drama Malaysia.
JEFRI NICHOL CIUM MESRA AMEERA KHAN
Pasangan hangat bercinta aktor Jefri Nichol dan Ameera Khan meragut perhatian dengan adegan mesra sehingga mengundang rasa tidak senang.
TAHNIAH! JOSHUA FITTON DAN SITI SALEHA SAH BERGELAR SUAMI ISTERI
Pereka fesyen Joshua Fitton dan aktres terkenal, Siti Saleha telah melangsungkan majlis dalam satu acara tertutup yang dihadiri keluarga dan teman rapat.