PENAMPILAN SEGAK JIN BTS DALAM PAKAIAN SERAGAM TENTERA MENCURI PERHATIAN
Jin yang merupakan anggota BTS pertama menyertai khidmat ketenteraan wajib selama 18 bulan menerima sokongan dan ucapan selamat daripada ahli kumpulan BTS yang lain.
Akaun Twitter rasmi BTS berkongsi beberapa foto mereka di kem latihan berserta kapsyen, “ Abang kami! Pulang dengan selamat! Kami sayangkan kamu.”
Jin memulakan khidmat ketenteraan di Yeoncheon di mana dia akan menerima latihan asas selama lima minggu dan diajar cara menembak, membaling bom tangan, bertempur dan beberapa latihan lain.
Selepas tamat latihan tersebut, dia dan peserta lain akan menyertai pasukan tentera sehingga tamat tempoh wajib yang perlu dijalani.
https://www.youtube.com/watch?v=gix50ahhrFI
Foto: Hybe
Pautan berkaitan: JIN BTS SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 SELEBRITI YANG MEMILIKI JAM TANGAN MEWAH PATEK PHILIPPE NAUTILUS
Patek Philippe Nautilus merupakan jam tangan paling rumit yang pernah dicipta oleh Patek Philippe dan hanya yang bertuah dapat memakainya.
RM, V, JIMIN & JUNGKOOK BTS KEMBALI DARI PERKHIDMATAN TENTERA
Ahli BTS akhirnya kembali selepas menyelesaikan perkhidmatan tentera mereka. Kini, 6 daripada 7 ahli BTS telah kembali ke industri.
10 IDOL RAPPER KPOP DENGAN RAP TERPANTAS DI DUNIA
Walaupun ramai menganggap idol rapper hanyalah pelengkap lagu, realitinya segelintir bintang mampu menyaingi rapper profesional.
ALO YOGA DAN JIN BTS BERSATU UNTUK MUSIM BAHARU
ALO YOGA menyunting JIN BTS sebagai duta rasmi. Membuka lembaran untuk pengembangan pasaran yang penuh keterujaan di Korea Selatan.
SELEBRITI KOREA MENGGEGAR MILAN FASHION WEEK 2024
Milan Fashion Week 2024 dimeriahkan dengan kehadiran selebriti dari serata dunia, termasuklah Korea Selatan.
10 SELEBRITI LELAKI ASIA YANG MENJADI DUTA JENAMA MEWAH
Duta satu jenama merupakan muka kepada jenama itu sendiri dan seseorang boleh menentukan aura sesuatu jenama itu. Impak lelaki Asia dalam dunia fesyen sangatlah besar. Dari K-Pop ke drama Thai, jejaka-jejak ini menjadi pujaan ramai wanita. Telah menjadi satu strategi dan trend bagi jenama-jenama mewah di dunia ini untuk memilih lelaki Asia sebagai duta mereka…