PENYANYI RAP, DMX KRITIKAL AKIBAT PENGAMBILAN DADAH BERLEBIHAN
Pasti anda masih ingat rapper, DMX yang mencipta nama pada awal tahun 2000 menerusi lagu Party Up (Up In Here).
Dua hari lalu penyanyi itu dikejarkan ke hospital setelah terkena serangan jantung akibat pengambilan dadah secara berlebihan. DMX atau nama sebenarnya Earl Simmons kini dalam keadaan kritikal.
Menurut bekas pengurusnya, Nakia Walker, dia mengalami kegagalan paru-paru serta otak dan masih tidak sedarkan diri. Dia kini menerima bantuan daripada mesin sokongan hayat di unit rawatan kritikal.
Ahli keluarga terdekat berkongsi, pasukan paramedik cuba memberi bantuan selama 30 minit untuk menyedarkannya namun tidak berjaya. Puncanya? Dia mengalami kekurangan oksigen untuk jangka masa yang lama dan telah memberi kesan kepada otak.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KILLA DRIZ, PENYANYI RAP GENERASI BAHARU
Killa Driz sudah ada perancangan besar untuk karier muzik dan misinya untuk terus mengukuhkan nama dalam industri muzik.
10 IDOL RAPPER KPOP DENGAN RAP TERPANTAS DI DUNIA
Walaupun ramai menganggap idol rapper hanyalah pelengkap lagu, realitinya segelintir bintang mampu menyaingi rapper profesional.
IRFAN HARIS: FIGURA MUZIK MODEN BERGAYA
Irfan Haris Othman, penyanyi kelahiran Johor Bahru pada 29 November 2001, telah meniti perjalanan seni yang penuh warna sejak usia remaja.
KHABAR ANGIN JUSTIN BIEBER MUFLIS BENAR BELAKA?
Dalam dunia selebriti yang penuh drama, Justin Bieber menjadi bualan bukan kerana muzik terbaru, tetapi kerana satu dakwaan yang mengejutkan.
KENALI SAIXSE PENYANYI FENOMENA MALAMPAGI
Kehadiran Saixse adalah bukti bahawa bakat muda Malaysia mampu mencipta gelombang bukan sahaja di tanah air malah merentas sempadan.
ZAKI YAMANI: WARISI BAKAT LEGENDA, SUARA GENERASI BAHARU
Dari seorang remaja yang mengidolakan bapanya, kini dia berdiri sebagai artis muda berbakat yang sedang mencipta legasinya sendiri.