Skip to content

PERKEMBANGAN TERKINI KATE MIDDLETON TENTANG KANSER DAN KEMOTERAPI

PERKEMBANGAN TERKINI KATE MIDDLETON TENTANG KANSER DAN KEMOTERAPI

Kongsikan artikel ini

Kelibat Kate Middleton tidak kelihatan pada acara lumba kuda Royal Ascot yang berlangsung baru-baru ini walaupun muncul di Trooping The Color beberapa hari sebelumnya.

Suaminya, Putera William dirakam menghadiri Royal Ascort di samping ibu bapa mentuanya, Carole dan Michael Middleton. Ini menandakan penampilan pertama mereka sejak Kate mengumumkan dirinya menghidap kanser.

Bagaimanapun ketiadaan Puteri Wales pada acara tersebut bukanlah sesuatu yang mengejutkan buat peminat Diraja. Dalam kenyataan terkini, ibu kepada tiga cahaya mata itu telah pun memaklumkan bahawa dia tidak akan kembali menjalankan tugas Diraja dalam masa terdekat.

Dalam perkongsian pertamanya sejak mendedahkan dia sedang menerima rawatan kanser, Kate berkata tahap kesihatannya kini semakin baik. Namun dia masih perlu menjalani rawatan untuk beberapa bulan lagi.

kate middleton kanser kemoterapi

Foto: Matt Porteous

Kate Middleton Berjuang Melawan Kanser

Menerusi perkongsian sama, puteri berusia 42 tahun itu sempat merakamkan penghargaan kepada orang ramai atas sokongan dan dorongan yang diterimanya sejak Mac lalu. Kate menambah, dia sedang belajar bagaimana untuk menjadi sabar terutama dalam ketidakpastian.

“Ada perkembangan baik pada tahap kesihatan saya. Namun sesiapa yang pernah menjalani kemoterapi pasti tahu, ada hari baik dan ada hari buruk. Pada hari-hari buruk anda akan berasa lemah, penat dan terpaksa biarkan tubuh berehat. Tetapi pada hari-hari baik, apabila tubuh terasa kuat, anda mahu memanfaatkan waktu itu.

“Pada hari-hari di mana saya berasa cukup sihat, saya suka terlibat dengan aktiviti sekolah anak-anak serta menghabiskan masa melakukan perkara yang memberi saya tenaga dan positiviti. Ribuan terima kasih atas segala sokongan anda yang tidak henti-henti, dan kepada semua yang berani berkongsi kisah anda kepada saya,” tulisnya.

Kate mengumumkan penyakit yang dihidapinya kepada dunia pada Mac lalu. Kansernya dikesan selepas menjalani pembedahan perut pada 16 Januari 2024. Namun sehingga kini dia tidak mendedahkan jenis kanser yang dihidapinya.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: 9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

Bacaan Lanjut
DUGAAN BERGANDA BUAT PUTERA WILLIAM

DUGAAN BERGANDA BUAT PUTERA WILLIAM

Bacaan Lanjut
MENGAPA PUTERA WILLIAM & KELUARGA SERING MENYARUNG PERSALINAN BIRU?

MENGAPA PUTERA WILLIAM & KELUARGA SERING MENYARUNG PERSALINAN BIRU?

Bacaan Lanjut
KATE MIDDLETON & PELANGGARAN PROTOKOL DIRAJA BERPISAH TIADA

KATE MIDDLETON & PELANGGARAN PROTOKOL DIRAJA BERPISAH TIADA

Bacaan Lanjut
“SAYA LEBIH BERANI DARIPADA WILLIAM” - KATE MIDDLETON MENGENAI ‘VIAGRA’ CARIBBEAN

“SAYA LEBIH BERANI DARIPADA WILLIAM” – KATE MIDDLETON MENGENAI ‘VIAGRA’ CARIBBEAN

Bacaan Lanjut
PATUNG LILIN PUTERA WILLIAM & KATE MIDDLETON DIANGGAP MENGERIKAN

PATUNG LILIN PUTERA WILLIAM & KATE MIDDLETON DIANGGAP MENGERIKAN

Bacaan Lanjut