PERSONALITI FESYEN LELAKI PILIHAN GLAM LELAKI
Personaliti fesyen dalam kalangan lelaki semakin meningkat terumatanya dengan peningkatan penggemar fesyen dalam kalangan lelaki muda kini.
Dari personaliti antarabangsa ke tempatan, setiap dari mereka mempunyai gaya yang versatil, mencerminkan diri sendiri. Wajah-wajah ini turut menjadi inspirasi buat penggemar fesyen untuk tampil lebih bergaya. Mereka bijak menggabungkan elemen klasik dan kontemporari dalam penampilan, menjadikan setiap gaya bukan sekadar fesyen. Ia menjadi satu bentuk ekspresi diri yang berani dan autentik. Personaliti-personaliti ini juga membuktikan kehebatan mereka dalam dunia fesyen dengan kehadiran di majlis fesyen besar seperti Fashion Week dan Met Gala. Dari gaya maskulin minimalis yang bersih dan sofistikated hinggalah padanan berani dengan cetakan, tekstur atau aksesori statement, setiap penampilan mereka sering menjadi rujukan dan inspirasi buat penggemar fesyen lelaki.
Tidak hairanlah ramai pereka fesyen, jenama terkenal dan pengikut media sosial menjadikan mereka sebagai ikon gaya moden. Wajah-wajah ini bukan sahaja mencipta pengaruh dalam industri fesyen, malah turut mendorong lebih ramai lelaki untuk berani mencuba sesuatu yang baharu dalam soal penampilan. Mereka membuktikan bahawa fesyen bukan hanya milik wanita, sebaliknya satu ruang yang mendalam untuk semua yang menghargai kreativiti dan keaslian. Dengan gaya yang sentiasa berevolusi, personaliti fesyen lelaki pilihan GLAM Lelaki ini terus menjadi simbol inspirasi buat generasi muda yang mahu tampil lebih yakin, bergaya dan setia pada identiti sendiri.
#1 Jack Gohr
Selain daripada acara fesyen tempatan, Jack Gohr juga sering dilihat menghadiri acara-acara fesyen antarabangsa seperti Milan dan Paris Fashion Week. Jack Gohr juga pernah dilihat bekerjasama dengan jenama-jenama ternama seperti Christian Dior, YSL Beauty, Swarovski, Coach dan banyak lagi. Gaya fesyennya yang santai dan kasual membuatkan ia mudah diikuti.
#2 Wisdom Kaye
Siapa tidak kenal, personaliti fesyen yang menggegarkan Met Gala 2024 dengan busana merah rekaan Robert Wun ini? Wisdom Kaye semestinya salah seorang pempengaruh fesyen yang dikenali ramai. Dari video berpakaian seperti font yang tular dahulu, hingga kehadirannya di majlis berprestij fesyen, Wisdom Kaye semestinya certified fashion icon!
#3 Jonathan Kirby
Sebagai pempengaruh yang menceburi fesyen lelaki, Jonathan Kirby served dengan stailnya. Penggayaannya yang menggabungkan kemeja formal bersama aksesori kasual menjadikannya satu inspirasi fesyen. Wajahnya yang cukup unik dengan misai juga melengkapkan lagi gaya fesyennya yang versatil. Jaket dan tali leher semestinya his thing.
#4 Ridduan Ttfga Ismail
Jurugambar, pempengaruh serta it boy, Ridduan Ttfga Ismail atau lebih dikenali sebagai ttfga di Instagram semestinya salah seorang wajah tempatan yang membawa fesyen ke tahap yang berbeza. Wajahnya sering kelihatan di fashion scene tempatan, memberi sokongan untuk jenama-jenama fesyen di Malaysia. Jenama-jenama antarabangsa seperti Hugo Boss, Giorgio Armani serta Aigner juga berkolaborasi dengannya.
#5 Broyawn
Bak kata GLAM Lelaki, the current it boy. Turut pernah menghiasi lampiran segak rapi isu Mac GLAM Lelaki, broyawn sebenarnya terkenal dengan stail streetwear yang bersahaja. Cukup terkenal dalam kalangan lelaki yang meminati fesyen, gaya streetwear broyawn seringkali menjadi inspirasi mereka. Tidak kira jenama antarabangsa atau tempatan, masing-masing ingin berkolaborasi bersama anak muda ini. The it boy indeed!
#6 Ethan Kieffer
Menetap di Cape Town, Afrika Selatan Ethan Kieffer merupakan salah seorang personaliti fesyen lelaki yang banyak membawa gaya lelaki ke mata dunia. Layering merupakan kepakarannya, menjadikan gaya-gaya fesyennya cukup menarik. Selain daripada stailnya yang menjadi kesukaan ramai, kandungan gaya hidupnya di Cape Town juga menjadi penantian buat peengikutnya di Instagram.
#7 Ali Imran
Cukup terkenal dalam dunia streetwear dan skate, Ali Imran merupakan model derta pempengaruh fesyen yang menjadi pilihan ramai. Stailnya yang unik serta selesa membuatkan gayanya mudah diikuti. Cukup unik dan versatil, gaya Ali Imran cukup niche kepada peminat fesyen tertentu, lebih-lebih lagi yang menyukai gaya skater yang retro dan santai.
#8 Ashraf Anuar
Nama yang sudah semestinya menjadi pilihan GLAM Lelaki, Ashraf Anuar. Selain daripada gaya fesyennya yang semestinya menjadi inspirasi ramai, the fact that dia merupakan pemilik jenama lokal SVG Worldwide membuktikan kehebatannya dalam dunia fesyen. Bukan sahaja gaya fesyennya menjadi pilihan GLAM Lelaki, personalitinya juga. Ashraf Anuar merupakan salah seorang wajah hadapan isu Mac 2025 GLAM Lelaki. Di usia muda, dia telah mencapai satu tahap yang hebat sebagai seorang pencinta fesyen dan ahli perniagaan.
Pautan berkaitan: HAEL HUSAINI & ALVN DI MILAN FASHION WEEK MEN’S SS26
Tags
Artikel Yang Berkaitan
STAIL LELAKI MUSIM PANAS YANG WAJIB DIIKUTI
Stail lelaki musim panas yang wajib dicuba tahun ini! Pilih fabrik ringan, warna ceria dan potongan kemas untuk penampilan segar dan bergaya.
5 STAIL PERIBADI GLENN YONG WAJIB CUBA
Stail peribadi Glenn Yong sebagai seorang selebriti terkenal amat penting, kerana gayanya akan dilihat oleh orang ramai dimana-mana jua.
HEADPHONE SEBAGAI ITEM FESYEN BERGAYA TERKINI
Headphone sebagai item fesyen bergaya terkini pilihan ramai. Ia akan menambah elemen yang lebih menyerlah dalam persalinan harian. Penggunaan fon kepala, atau headphone sangat penting untuk kehidupan seharian, lebih-lebih lagi dalam kalangan anak muda. Kini, headphone bukan sekadar alat untuk mendengar lagu tetapi juga satu item fesyen yang menjadi pelengkap gaya. Terdapat pelbagai jenama headphone…
8 GAYA FASHION WEEK GLENN YONG PILIHAN GLAM LELAKI
Wajah Glenn Yong seringkali dilihat ketika musim minggu fesyen dan gaya fashion week Glenn Yong menjadi pelengkap wajah kacaknya.
6 PEMPENGARUH FESYEN LELAKI ANDA PATUT IKUTI
Pempengaruh fesyen di Malaysia sudah semakin meningkat, walaupun dalam kalangan lelaki. Mereka menjadi satu inspirasi besar buat penggemar fesyen.
MET GALA 2025 SOROTAN FESYEN TETAMU LELAKI
Acara fesyen tahunan terbesar, Met Gala 2025 sudah bermula untuk tahun penuh fesyen ini, penuh sorotan istimewa.