PETUNJUK KOLABORASI JUNGKOOK BTS & JUSTIN BIEBER
Peminat Luah Rasa Teruja Dengan Kolaborasi Unik Yang Mungkin Terjalin
“Ia bakal menjadi kolaborasi terhebat dalam sejarah”, “Kami semua menyokong kerjasama antara Jungkook dan Justin Bieber”, “Sejarah hampir tercipta”, “Kolaborasi mereka akan menggemparkan internet” dan “Kami amat teruja. Kami sayangkan kamu Jungkook. Kamu bakal melakar sejarah,” tulis beberapa pengguna Instagram di ruangan komen.
Peminat lain pula meluahkan rasa kagum dengan pencapaian penyanyi berusia 26 tahun itu yang bakal hadir dengan album solo tidak lama lagi. Mereka menulis, “Album Jungkook akan muncul untuk menggegarkan takhta K-Pop”, “JK1 pastinya akan mengubah dunia”, dan “Saya sangat berbangga dengannya dan tahu detik besar ini akan tiba. Sama ada menerusi lagu, kolaborasi, album solo, apa sahaja.”

Foto: Mashable India
Peminat amat mengharapkan kerjasama ini bakal menjadi kenyataan memandangkan mereka tahu Jungkook telah lama mengagumi muzik Justin Bieber. Malah penyanyi itu juga pernah meluahkan hasrat untuk berkolaborasi dengan Justin Bieber. Bagaimanapun sehingga kini belum ada pengesahan mahupun kenyataan rasmi mengenai kolaborasi antara dua penyanyi pujaan ramai ini. Sama-sama kita nantikan!
Foto: Allkpop
Pautan berkaitan: DREAMERS BY JUNGKOOK, LAGU PIALA DUNIA PERTAMA UNGGULI CARTA BILLBOARD
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA
Siapa bakal menguasai Arrakis? Robert Pattinson dan Timothée Chalamet bertembung dalam filem epik Dune: Messiah.
KEMPEN DENIM MUSIM BUNGA 2026 CALVIN KLEIN TAMPILKAN JUNG KOOK
Calvin Klein mengumumkan pelancaran kempen denim Musim Bunga 2026 menampilkan Jung Kook dari BTS, sebagai duta jenama.











