PRESTASI CHELSEA MEROSOT, FRANK LAMPARD DIPECAT
Tidak sampai dua tahun bergelar pengurus, Chelsea akhirnya mengambil keputusan memecat Frank Lampard.
Tindakan tersebut diambil berikutan kemerosotan prestasi kelab itu, di mana Chelsea berada di tangga kesembilan dalam Liga Perdana Inggeris dan mengalami lima kekalahan daripada lapan perlawanan terakhir.
Di bawah penyeliaan Lampard, kelab ini dilihat tidak berupaya bersaing dengan pasukan pilihan utama liga perdana walaupun membelanjakan lebih RM1,200 juta membeli pemain baharu.
Dia merupakan pengurus ke-10 yang dipecat semasa Chelsea berada di bawah pemilik, Roman Abramovich. Jelas Abramovich, pemecatan tersebut adalah satu keputusan yang sukar memandangkan Lampard merupakan pemain legenda kelab itu sebelum ini.
“Ini adalah keputusan yang sangat sukar bagi Chelsea, terutamanya kerana saya mempunyai hubungan peribadi yang sangat baik dengan Frank dan sangat menghormatinya.
“Dia seorang yang berintegriti tinggi dan mempunyai etika kerja yang hebat. Namun dalam keadaan sekarang, kami percaya lebih baik menukar pengurus.
“Bagi pihak semua orang di kelab dan secara peribadi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Frank atas usahanya dan semoga dia berjaya pada masa hadapan.
Belum ada pengumuman rasmi dibuat tentang siapa yang bakal menggantikan tempat Lampard, namun nama bekas pengurus Paris Saint Germain (PSG), Thomas Tuchel sedang hangat diperkatakan.
Buat masa ini, para pemain dimaklumkan untuk tidak menghadiri latihan sehingga pengesahan mengenai pemecatan dibuat.
Foto: AFP
Pautan berkaitan: CONOR MCGREGOR DISAMAN TIGA HARI SEBELUM PERTARUNGAN UFC 257
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MANCHESTER UNITED 2025: ERA BAHARU RED DEVILS
Buat para penyokong setia Old Trafford, Manchester United musim baharu membawa gelombang harapan tetapi 2025 terasa berbeza yakni lebih membara.
MANCHESTER UNITED KEMBALI KE KUALA LUMPUR
Manchester United bakal kembali ke Malaysia untuk perlawanan persahabatan bersama pasukan ASEAN All Stars pada bulan Mei ini.
5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI BINTANG TIKTOK, NOAH BECK
Noah Beck mula mencipta nama selepas video-videonya tular ketika pandemik melalui platform media sosial, TikTok.
5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI ‘SOUTH KOREA NO 9’, CHO GUE-SUNG
Walaupun sudah tersingkir daripada kejohanan Piala Dunia 2022, pemain kebangsaan Korea Selatan, Cho Gue-sung terus menjadi bualan peminat bola sepak di seluruh dunia.
ALASAN CRISTIANO RONALDO MENINGGALKAN MANCHESTER UNITED
Bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo telah sah akan meninggalkan kelab Manchester United buat kali kedua dengan “immediate effect”.
KISAH BENAR PENUH DEBARAN, SAKSIKAN THAI CAVE RESCUE DI NETFLIX
Siri Thai Cave Rescue di Netflix adalah karya yang perlu dihormati, menceritakan situasi bencana pada 2018 dari sudut pandangan yang berbeza.