Skip to content

CONOR MCGREGOR DISAMAN TIGA HARI SEBELUM PERTARUNGAN UFC 257

Kongsikan artikel ini

Hanya beberapa hari sebelum kembali ke gelanggang, Conor McGregor menerima satu tamparan hebat yang boleh memberi kesan buruk terhadap kerjayanya.

Seorang wanita bertindak menyaman peninju seni bela diri, McGregor dengan tuntutan mahkamah berjuta-juta Euro paun atas satu insiden yang berlaku pada tahun 2018.

Butiran tuduhan itu tidak boleh didedahkan namun McGregor menolak semua dakwaan tersebut, menyatakan dirinya tidak bersalah.

Satu lagi tuntutan yang lebih kecil difailkan oleh ibu wanita tersebut di Mahkamah Tinggi Dublin. Menurut laporan, tuduhan tersebut sebelum ini disiasat oleh pihak polis Ireland namun tiada apa-apa tindakan diambil.

Namun McGregor tidak sekadar berdiam diri. Dia mewakilkan seorang jurucakap, Karen J Kessler untuk memberi kenyataan kepada pihak media, Irish Independent.

“Setelah siasatan menyeluruh dijalankan oleh Gardai termasuk wawancara bersama plaintif, temu bual bersama pelbagai sumber, mengambil pernyataan saksi, memeriksa rakaman litar tertutup serta kerjasama yang diberikan McGregor, tuduhan ini ditolak secara langsung.

“Plaintif mengetahui fakta yang bertentangan dengan tuduhan dalam kes saman ini. McGregor akan mempertahankan semua tuduhan yang dilontarkan kepadanya dan yakin keadilan akan terbukti,” katanya.

 

Conor McGregor is BACK

 

Peninju yang berasal dari Ireland ini kini sedang bersiap sedia untuk pertarungannya bersama Dustin Poirier yang akan berlangsung pada 24 Januari ini.

Ini bukanlah kali pertama dia bertemu muka dengan Poirier. Mereka pernah bertarung pada 2014 di mana McGregor mengambil masa hanya dua minit untuk menumbangkan peninju yang terkenal dengan jolokan The Diamond itu.

Dia kemudian menjuarai featherweight dan lightweight sebelum menumbangkan Floyd Mayweather dalam pertarungan kedua terhebat sepanjang zaman.

Pada 2018, dia kembali ke UFC namun ditumpaskan oleh pesaing hebat, Khabib Nurmagomedov sebelum berehat selama 15 bulan. Selepas setahun, dia kembali beraksi dan berjaya mengalahkan Donald Cerrone dalam hanya 40 saat.

 

Foto: GQ

 

Pautan berkaitan: ANJUR PESTA SEWAKTU COVID-19, NEYMAR DIKECAM

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PUTERA HARRY TERKAIT DALAM KES SAMAN SERANGAN SEKSUAL SEAN ‘DIDDY’ COMBS

PUTERA HARRY TERKAIT DALAM SAMAN SERANGAN SEKSUAL SEAN ‘DIDDY’ COMBS

Bacaan Lanjut
new shows march 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MAC 2024

Bacaan Lanjut
KONTROVERSI GOOD VIBES FESTIVAL: THE 1975 DITUNTUT BAYAR GANTI RUGI ATAU BERDEPAN PADAH

KONTROVERSI GOOD VIBES FESTIVAL: THE 1975 DITUNTUT BAYAR GANTI RUGI ATAU BERDEPAN PADAH

Bacaan Lanjut
must watch may 2023

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MEI 2023

Bacaan Lanjut
TRAVIS SCOTT & DRAKE DISAMAN KERANA MENYEBABKAN KECEDERAAN DAN KEMATIAN DI KONSERT

TRAVIS SCOTT & DRAKE DISAMAN KERANA MENYEBABKAN KECEDERAAN DAN KEMATIAN DI KONSERT

Bacaan Lanjut
EKSPLOITASI SEKSUAL! PENGHIAS KULIT ALBUM NEVERMIND SAMAN NIRVANA SELEPAS 30 TAHUN

EKSPLOITASI SEKSUAL! PENGHIAS KULIT ALBUM NEVERMIND SAMAN NIRVANA SELEPAS 30 TAHUN

Bacaan Lanjut