Skip to content

PRESTASI CHELSEA MEROSOT, FRANK LAMPARD DIPECAT

PRESTASI CHELSEA MEROSOT, FRANK LAMPARD DIPECAT

Kongsikan artikel ini

Tidak sampai dua tahun bergelar pengurus, Chelsea akhirnya mengambil keputusan memecat Frank Lampard.

Tindakan tersebut diambil berikutan kemerosotan prestasi kelab itu, di mana Chelsea berada di tangga kesembilan dalam Liga Perdana Inggeris dan mengalami lima kekalahan daripada lapan perlawanan terakhir.

Di bawah penyeliaan Lampard, kelab ini dilihat tidak berupaya bersaing dengan pasukan pilihan utama liga perdana walaupun membelanjakan lebih RM1,200 juta membeli pemain baharu.

Dia merupakan pengurus ke-10 yang dipecat semasa Chelsea berada di bawah pemilik, Roman Abramovich. Jelas Abramovich, pemecatan tersebut adalah satu keputusan yang sukar memandangkan Lampard merupakan pemain legenda kelab itu sebelum ini.

“Ini adalah keputusan yang sangat sukar bagi Chelsea, terutamanya kerana saya mempunyai hubungan peribadi yang sangat baik dengan Frank dan sangat menghormatinya.

“Dia seorang yang berintegriti tinggi dan mempunyai etika kerja yang hebat. Namun dalam keadaan sekarang, kami percaya lebih baik menukar pengurus.

“Bagi pihak semua orang di kelab dan secara peribadi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Frank atas usahanya dan semoga dia berjaya pada masa hadapan.

Belum ada pengumuman rasmi dibuat tentang siapa yang bakal menggantikan tempat Lampard, namun nama bekas pengurus Paris Saint Germain (PSG), Thomas Tuchel sedang hangat diperkatakan.

Buat masa ini, para pemain dimaklumkan untuk tidak menghadiri latihan sehingga pengesahan mengenai pemecatan dibuat.

 

Foto: AFP

 

Pautan berkaitan: CONOR MCGREGOR DISAMAN TIGA HARI SEBELUM PERTARUNGAN UFC 257

 

 

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

noah beck

5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI BINTANG TIKTOK, NOAH BECK

Bacaan Lanjut

5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI ‘SOUTH KOREA NO 9’, CHO GUE-SUNG

Bacaan Lanjut

ALASAN CRISTIANO RONALDO MENINGGALKAN MANCHESTER UNITED

Bacaan Lanjut

KISAH BENAR PENUH DEBARAN, SAKSIKAN THAI CAVE RESCUE DI NETFLIX

Bacaan Lanjut
AIR MATA DAVID BECKHAM TUMPAH DI WESTMINSTER HALL

AIR MATA DAVID BECKHAM TUMPAH DI WESTMINSTER HALL

Bacaan Lanjut

#GL15TAHUN CUP OF HOPE AND SUCCESS, ZAQUAN ADHA

Bacaan Lanjut