PULANG DARI LANGKAWI, HARRIS ANNUAR DISAHKAN POSITIF COVID-19
Pelakon dan personaliti media sosial, Harris Annuar memuat naik satu hantaran di Instagram dua hari lalu mengesahkan dia dijangkiti Covid-19 selepas menjalani ujian saringan.
Dalam entri tersebut, dia memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku. “Semalam saya baru sahaja menjalani ujian saringan Covid-19 dan didapati positif wabak ini untuk saringan pertama. Hari ini saya sudah menjalani ujian saringan kedua dan sedang kuarantin di rumah seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).”

Setakat ini Harris masih menunggu panggilan rasmi daripada pihak KKM untuk tindakan selanjutnya. Dia juga meminta semua kontak rapat dengannya sejak dua minggu lalu untuk menjalani ujian saringan Covid-19 di klinik berdekatan.
Beberapa hari sebelum ketibaan tahun baru, bekas Hero Remaja 2017 ini dilihat memuat naik foto-foto di Langkawi dengan tanda pagar #LangkawiFromHome juga kapsyen ‘Happy New Year’, kemungkinan turut menyambut tahun baru di sana.

Menurut Harris, rakan baiknya, Tajuddin Bakar turut disahkan positif menerusi ujian saringan pertama. “Tajuddin juga didapati positif Covid-19. Saya kini sedang kuarantin di rumahnya. Saya tak berani pulang ke rumah sebab tak nak membahayakan ahli keluarga lain. Jadi, saya ambil keputusan untuk kuarantin berdua di rumah Tajuddin, sementara menunggu keputusan.”
Dalam hantaran terbaru di Instagram, pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu meminta mereka yang sedang menerima dugaan sepertinya agar lebih tenang dan sabar. “Ingatlah, Allah duga tandanya Allah sayang. Jadi kenapa nak sedih? Bersabar, dan kita percaya pada Allah.”
Semoga cepat sembuh!
Foto: Xtra.com.my
Pautan berkaitan: ALIF SATAR POSITIF COVID-19 PADA 22 NOVEMBER
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LIGHTING THE PATH: DUA DEKAD REVOLUSI SOSIAL CARTIER
Raikan 20 tahun Cartier Women’s Initiative 2026 di Bangkok. Terokai inovasi 30 usahawan wanita global menerusi tema "Lighting the Path".
TRANSISI MEGA: MARK DAN TEN NCT MENCIPTA IDENTITI BAHARU
Mark dan Ten NCT meninggalkan SM Entertainment. Ketahui impak besar perpindahan dua ikon global ini terhadap industri seni.
GENERASI GL: “UNTUK SAYA, FESYEN TIDAK MENGENALI USIA,” ICYY FITT
GLAM Lelaki bawakan Generasi GL, untuk lembaran personaliti isu April 2026 dan kali ini, temubual bersama pempengaruh fesyen, Icy.
DANIAL HAZIQ, KONSISTENSI DAN KREATIVITI SEBAGAI CONTENT CREATOR
GLAM Lelaki tertarik dengan kandungan yang dikongsikan Danial Haziq melalui Instagram dan TikTok-nya. Ketahui serba sedikit mengenai Danial Haziq yang kini antara pencipta kandungan di Malaysia yang meraih perhatian.
PERCUTIAN MEWAH 2025: 5 RESORT TERSEMBUNYI DI MALAYSIA UNTUK PERCUTIAN AKHIR TAHUN
Percutian akhir tahun 2025 lebih bermakna dengan 5 resort mewah terbaik Malaysia & lokasi tersembunyi untuk berehat gaya hidup glamor.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.











