Skip to content

PUTERA HARRY RASAI SENDIRI PENGALAMAN BERBUKA PUASA

Kongsikan artikel ini

Siapa yang tidak mengenali Putera Harry bukan? Anak kepada mendiang Puteri Diana ini baru-baru ini tiba di Singapura dalam satu lawatan rasmi yang diadakan di sana. Namun yang menariknya, bertebaran di laman-laman sosial gambar Putera Harry bersama-sama warga Islam berbuka puasa bersama sewaktu menghadiri satu majlis berbuka puasa yang dianjurkan.

Putera kerajaan Britain ini menyertai sesi iftar yang dianjurkan oleh Jamiyah Singapura di ibu pejabat persatuan itu yang berlokasi di Guillemard Crescent. Ketika ketibaannya, Putera Harry menerima sambutan dengan persembahan kompang, satu acara tradisional melambangkan adat Melayu. Bahkan, Putera Harry turut dipersembahkan dengan demonstrasi silat yang diketuai oleh bekas jaguh dunia, Sheik Alauddin Yacoob Marican. Gelincirnya matahari, Putera Harry dijemput untuk menyertai sesi berbuka puasa bersama kira-kira 80 orang yang turut serta.

Boleh kata ramai pengguna laman sosial yang melihat gambar-gambar Putera Harry sebagai satu sifat pemimpin yang cukup merendah diri dan bersahaja. Berdasarkan laporan Daily Mail, Putera Harry turut memberikan penghormatan dengan menundukkan kepala ketika Setiausaha Agung Jamiyah, Muhammad Rafiuddin Ismail sedang berucap dan mempengeringati tujuh orang mangsa yang terbunuh ketika serangan pengganas di London semalam.

Jamiyah Singapura merupakan sebuah pusat komuniti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dalam membantu memulihkan penagih dadah dan dalam masa yang sama menyediakan tempat tinggal buat golongan ini.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 6 Jun 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Syed Abdullah Syed Abdul Rahman

KENALI SYED ABDULLAH SYED ABDUL RAHMAN, ABANG YB SYED SADDIQ YANG TAMPAN PERSIS MODEL

Bacaan Lanjut

SYAMSUL YUSOF: PENGARAH VISIONARI FILEM MALAYSIA

Bacaan Lanjut
augustin eng

AUGUSTIN ENG, PASANG IMPIAN BEKERJASAMA DENGAN PEREKA FESYEN LOKAL

Bacaan Lanjut
"HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE." - NINA HASNUL

“HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE.” – NINA HASNUL

Bacaan Lanjut
Nik Rifa'ie

NIK RIFA’IE: WAJAH UTAMA GL GANG & MENYELAMI KREATIVITI BINTANG BERBAKAT BESAR

Bacaan Lanjut

5 TIPS KURANGI BAU MULUT KETIKA BERPUASA

Bacaan Lanjut