RAHSIA CHRIS HEMSWORTH KEKALKAN TUBUH SASA
Siapa yang tidak terpegun melihat tubuh bintang Marvel, Chris Hemsworth yang sasa ini. Lelaki mahupun perempuan, pasti akan terpana.
Namun bukan mudah untuk memiliki tubuh semantap ini jika tiada usaha. Seperti yang dikongsi Hemsworth, dia bersenam secara konsisten setiap hari.
Dalam wawancara bersama Men’s Health Australia, bintang berusia 37 tahun ini mendedahkan dia sudah terbiasa melakukan senaman secara teratur. Justeru jika dia tidak bersenam walau beberapa hari, tubuhnya akan menderita.
“Tubuh saya seperti tidak berfungsi apabila saya berhenti bersenam. Saya berasa seperti tidak sihat,” ujarnya.
Dia menambah, “Saya berasa gembira buat beberapa hari, namun selepas itu mulalah badan berasa sakit dan lenguh. Justeru saya sedar, untuk terus hidup sihat dan gembira, saya perlu terus bersenam.”
Foto: Disney/Marvel
Pelakon yang berasal dari Australia ini juga gemar mencampur aduk rejim senamannya, berbanding kekal pada satu jenis rutin sahaja.
“Saya tidak berlari. Saya lakukan perlbagai senaman berbeza. Anda perlu selalu meneroka dalam dunia kecergasan dan senaman, serta sentiasa mencari sesuatu yang baru,” katanya.
Hemsworth yang membuat kemunculan pertama di layar perak sebagai God of Thunder dalam filem Thor pada 2011 sering ditawarkan watak yang menyerlahkan susuk fizikalnya yang sasa, dari filem Marvel sehinggalah aksi Netflix, Extraction.
Foto: Netflix
Dan demi minatnya dalam mengekalkan gaya hidup sihat, Hemsworth melancarkan aplikasi dan laman web kecergasan Centr yang merangkumi pelbagai senaman, resipi sihat dan meditasi.
Foto: Google
Pautan berkaitan: 5 PELAKON HOLLYWOOD INI PERNAH BERNIAT UNTUK BERSARA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KENALI SYED ABDULLAH SYED ABDUL RAHMAN, ABANG YB SYED SADDIQ YANG TAMPAN PERSIS MODEL
Kami di GL tidak boleh menafikan personaliti serta aura tampan abang kepada YB Syed Saddiq itu.
KHABAR ANGIN JUSTIN BIEBER MUFLIS BENAR BELAKA?
Dalam dunia selebriti yang penuh drama, Justin Bieber menjadi bualan bukan kerana muzik terbaru, tetapi kerana satu dakwaan yang mengejutkan.
JOHNNY DEPP KEMBALI DENGAN GAYA ‘SILVER FOX’ DALAM FILEM TERBARU DAY DRINKER
Johnny Depp, bintang legenda hadir dengan transformasi yang mengubah persepsi – satu gaya silver fox yang membangkitkan perbualan hangat.
SUSU MENTAH: REALITI TREND ‘NATURAL’ UNTUK LELAKI MODEN
Dalam era kesihatan dan gaya hidup berasaskan semula jadi, susu mentah kembali menjadi topik khususnya di kalangan lelaki moden.
PILATES: SENAMAN BAHARU UNTUK LELAKI MODEN
Sudah tiba masa untuk keluar dari zon selesa dan masuk ke studio Pilates. Percayalah, badan anda akan berterima kasih
TOM HARDY EFFECT: SENARAI WAJIB TONTON UNTUK ANDA
Tom Hard lebih daripada sekadar wajah garang dan berrahang tajam. Ia tentang intensiti yang membara, tenaga hebat dan aura maskulin.