RAIN DAH KAHWIN!
Akhirnya, selepas berspekulasi mengenai perhubungan mereka, bintang, penyanyi dan juga pelakon terkenal Korea Selatan, Rain dan aktres jelita Kim Tae-hee melangsungkan perkahwinan mereka dalam satu majlis sederhana di sebuah gereja Katolik di sini semalam.
Dua hari lalu Rain dan Kim, kedua-duanya penganut Katolik, mengumumkan pertunangan mereka tetapi tidak mendedahkan tarikh dan tempat perkahwinan mereka kerana mahukan majlis itu diadakan secara sederhana.
Antara selebriti yang kelihatan hadir meraikan hari indah ini ialah aktor Ahn Sung-ki, Psy dan Park Jun-hyeong, penyanyi Park Jin-young, serta aktres Lee Honey. Kedua-dua selebriti berkenaan bertukar-tukar hadiah perkahwinan dan melakukan upacara keagamaan di majlis yang hanya dihadiri keluarga, rakan rapat dan pegawai kanan agensi pengurusan masing-masing.
Fakta mengenai kisah percintaan manis antara Rain dan Kim Tae-hee;
1) Rain, 34, tahun dan Kim, 37, mula berkenalan ketika rakaman iklan televisyen pada 2011 dan mula berpacaran secara rasmi pada 2012.
2) Menurut laporan The Korea Herald, majlis perkahwinan yang dikatakan diadakan secara kecil-kecilan itu berlangsung selama 90 minit sahaja.
3) Rain kembali mengikuti akaun instagram Kim Tae Hee bagi menunjukkan rasa cinta dan seriusnya beliau dengan Kim, selepas timbul hubungan mereka retak dan Rain dikatakan punya hubungan dengan beberapak aktres Korea lain. Awww…
4) Dalam satu temubual bersama laman sesawang Kpop sensasi, allkpop, Rain ada menyebut yang Kim adalah sangat istimewa buat dirinya dan menemuai apa yang dihajati untuk dijadikan isteri.
5) Hubungan mereka mendapat tumpuan meluas media tempatan dan juga luar negara kerana kedua-duanya adalah selebriti terkenal dalam industri hiburan Korea terutama Rain sendiri yang mempunyai ramai peminat di negara Asia lain.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 20 Januari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA
Zeekr 7X, model SUV elektrik kegilaan ramai, kini hadir dalam monokromatik hitam serba elegan, Zeekr 7X Black Nova.














