RAJA CHARLES III ‘DISERANG’ OLEH PENUNJUK PERASAAN
Raja Charles III hampir menjadi mangsa lemparan telur sewaktu membuat lawatan rasmi ke utara England, York baru-baru ini.
Raja Charles dan Permaisuri Camilla dilaporkan sedang menyapa rakyat jelata sebelum empat biji telur dibaling ke arah mereka oleh seorang penunjuk perasaan. Bagaimanapun ia gagal mengenai sasaran.
Monarki berusia 74 tahun itu kelihatan langsung tidak terkesan dengan insiden tersebut. Baginda sekadar melangkah telur yang hampir mengenai kakinya dan terus menyapa peminat Diraja bagaikan tiada apa yang berlaku.
Permaisuri Camilla pula sedikit tersentak namun kembali tenang setelah pihak polis berjaya menangani situasi itu.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DIET PEMAKANAN AMALAN RAJA CHARLES III & PERMAISURI CAMILLA
Pengarang dan pengkritik makanan, Tom Parker Bowles berkongsi sedikit sebanyak tentang pemakanan yang diamalkan oleh ibu, Permaisuri Camilla dan bapa tirinya, Raja Charles.
10 LARANGAN YANG MESTI DIPATUHI KERABAT DIRAJA BRITAIN
Sebagai pemerintah, Raja Charles III dikecualikan daripada kebanyakan undang-undang tetapi terdapat juga beberapa peraturan yang perlu dipatuhinya.
RAJA CHARLES III AKHIRI TRADISI ISTANA WINDSOR BERUSIA 200 TAHUN
Raja Charles III mengetepikan satu tradisi tertua di Britain sekali gus mengecewakan sebahagian rakyat jelata.
5 BUTIRAN TERSEMBUNYI DALAM POTRET RASMI PERTAMA RAJA CHARLES III
Potret yang dilukis oleh artis Britain, Jonathan Yeo itu didedahkan sendiri oleh Raja Charles di Istana Buckingham baru-baru ini.
KEMUNCULAN AWAM PERTAMA RAJA CHARLES SELEPAS DIDIAGNOS KANSER
Lebih sebulan berehat untuk memberi fokus pada rawatan kanser, monarki Britain akhirnya membuat penampilan awam pertamanya sempena Easter.
DUGAAN BERGANDA BUAT PUTERA WILLIAM
'Sudah jatuh ditimpa tangga' - itulah peribahasa tepat untuk menggambarkan keadaan pewaris takhta Britain, Putera William sekarang ini.