REDZA ROSLI PILIH BELLA HANNA SEBAGAI SURI HATI
Siapa sangka penyatuan Redza Rosli dan Bella Hanna di lokasi penggambaran Luruhnya Bunga Cinta berakhir di jenjang pelamin.
Dengan sekali lafaz, pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri dalam majlis serba putih yang berlangsung pada 21 Jun 2024 di Forest Valley Hall, Cheras.
Redza dan Bella atau nama sebenarnya Farhana Nabila dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Rosman Abdullah di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Qariah Masjid Taman Rakan Cheras.
Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,000 dan lima dulang hantaran, manakala wang hantaran dirahsiakan. Pengantin perempuan pula membalas dengan tujuh dulang hantaran.
Selain ahli keluarga dan rakan terdekat, majlis perkahwinan Redza dan Bella turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti tanah air. Antara yang hadir adalah Intan Najwa, Sweet Qismina, Adam Lee, Elvina Mohamad, Erysha Emyra, Zamarul Hisham dan Fedtri Yahya selaku hos majlis.
Perkenalan Redza Rosli & Bella Hanna
Walaupun membintangi drama Luruhnya Bunga Cinta pada 2023, pasangan ini sebenarnya sudah menjalin persahabatan sejak beberapa tahun lalu. Menurut Redza, dia melamar Bella pada bulan April 2024.
“Kami sudah kenal lama sebagai kawan. Apabila hubungan itu serasi, kami cuba untuk terus bersama dan bawa ia ke fasa lebih serius. Kalau boleh memang tak nak berkawan lama-lama.
“Sepanjang perhubungan ini, kami tidak ada fasa seperti ‘declare’ sebagai pasangan kekasih. Ia berjalan secara semula jadi saja.
“Sampai satu tahap saya terus bertanya pada Bella adakah dia serius. Selepas itu, saya terus bawa dia pergi beli cincin. Ketika itu kami saling meluahkan perasaan. Bagi saya, apa yang penting adalah sudah mengenali hati budi,” katanya menurut Harian Metro.
Persiapan perkahwinan mereka juga dibuat dalam tempoh singkat, sewaktu Redza menjalani penggambaran drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu. Ketika itu jugalah pasangan ini menghadiri kursus kahwin.
Aktor berusia 32 tahun ini juga bercakap tentang tanggungjawab baru yang bakal digalasnya sehingga akhir hayat. Menurutnya, ia bukanlah tugas mudah.
“Perkahwinan yang dibina selepas lafaz akad nikah yang sah ini tidak sama dengan berlakon. Walaupun saya sudah banyak kali melakonkan babak kahwin, ia berbeza. Ini sebuah rasa yang lain.
“Apabila selesai akad, segalanya sudah menjadi tanggungjawab saya yang mana ia bukan tugas mudah. Malah, di sebalik tanggungjawab itu perlu ada keikhlasan agar kehidupan baharu yang dibina ini berlangsung dengan baik dan mendapat keredaan Allah SWT,” katanya.
Foto: Kosmo Digital
Pautan berkaitan: NABIL JEFFRI & RAYSHA RIZROSE DISATUKAN SEBAGAI SUAMI ISTERI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TINJAU RUMAH AGAM MEWAH BAHARU MILIK DAVID BECKHAM & VICTORIA
Pasangan Beckham sememangnya terkenal dengan portfolio hartanah di seluruh dunia. Kini, David dan Victoria menambah satu lagi aset mewah ke dalam ‘koleksi’ mereka.
ED WESTWICK BAKAL TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA
Baru dua bulan memegang status suami, Ed Westwick bakal menggalas peranan sebagai bapa pula tidak lama lagi.
KEMUNCULAN TOM HOLLAND & ZENDAYA DALAM PERSALINAN SEDONDON MENCURI PERHATIAN
Zendaya dilihat hadir ke majlis pelancaran Bero, jenama bir tanpa alkohol milik teman lelakinya di New York City baru-baru ini.
KEBENARAN MENGENAI PERCINTAAN ANGELINA JOLIE & AKALA
Angelina Jolie mencetuskan spekulasi percintaan apabila dilihat bermalam dengan penyanyi rap Britain, Akala di sebuah hotel di London.
FASA BARU HUBUNGAN TIMOTHEE CHALAMET & KYLIE JENNER
Walaupun ada ura-ura mengatakan Timothee Chalamet dan Kylie Jenner telah berpisah, hakikatnya jalinan cinta antara mereka semakin mekar dan kukuh.
AZWAN KOMBOS & EZZATY ABDULLAH SAMBUT KEHADIRAN ORANG BARU
Tahniah buat Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah yang baru sahaja menimang cahaya mata ketiga pada 26 September lalu.