RYAN DORSEY TITIP UCAPAN HARI JADI BUAT MENDIANG ISTERI, NAYA RIVERA
Tanggal 12 Januari 2021 merupakan ulang tahun kelahiran mendiang Naya Rivera yang ke-34 dan bekas suaminya, Ryan Dorsey tidak mahu ketinggalan memberi penghormatan sempena hari istimewa tersebut.
Dorsey memuat naik foto hitam putih mereka termasuk anak lelaki, Josey dengan ucapan khas. “Terasa luar biasa dengan kenyataan bahawa kamu sudah tiada. Jika itu masuk akal, namun semua ini masih terasa tidak masuk akal… 34. Masih terngiang-ngiang kamu berkata ‘Ah, saya sudah tua sekarang!’ Rest easy old lady,” tulisnya.
Pelakon Yellowstone itu juga dilihat menziarah makam bekas isterinya di Los Angeles pada hari yang sama. Rivera meninggal dunia akibat lemas di dalam sebuah tasik di California pada Julai tahun lalu.
Bekas bintang Glee itu dilaporkan hilang pada 8 Julai selepas menaiki bot bersama anak lelakinya yang ketika itu berusia empat tahun. Lima hari kemudian, dia disahkan meninggal dunia selepas mayatnya ditemui oleh pihak berkuasa.
Dua bulan kemudian, Dorsey bercakap mengenai kesedihannya selepas kematian Rivera dan setelah fotonya bersama adik perempuan Rivera, Nickayla dirakam pada awal September lalu.
“Rasanya saya kehilangan berat badan lebih 20 paun. Saya tidak dapat tidur lena. Saya bersedih setiap hari. Saya bangun, saya tidur dengan perasaan duka setiap malam, sambil menatap siling. Saya menatap dinding dan berfikir, betapa beruntungnya saya kerana masih mempunyai ibu dan masih dibantu olehnya sehingga ke hari ini. Kemudian saya berfikir, anak saya tidak akan mendapat peluang yang sama di masa hadapan,” luahnya panjang lebar.
Dorsey yang bergelar suami kepada bintang Step Up: High Water ini dari tahun 2014 hingga 2018 turut berkata, dia berasa pilu apabila terpaksa memberitahu Josey bahawa ibunya kini sudah bergelar “malaikat”.
Dia turut menjernihkan spekulasi tidak manis yang mengatakan dia tinggal bersama Nickayla di Los Angeles. Jelasnya, Josey bertanya jika makciknya itu boleh tinggal bersama mereka. “Saya terpaksa menunaikan permintaan Josey di saat sukar ini. Apa yang dia minta dan apa yang dia perlukan sekarang ini adalah keluarga. Walaupun anda tahu ia hanyalah sementara, bukan selamanya.”
Foto: Axelle/Bauer-Griffin/FilmMagic
Pautan berkaitan: OLIVIA WILDE TEMUI CINTA BAHARU, JASON SUDEIKIS PATAH HATI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
A$AP ROCKY BERDEPAN HUKUMAN PENJARA 24 TAHUN?
A$AP Rocky berdepan hukuman penjara sehingga 24 tahun bakal kehilangan Rihanna dan anak-anak! Bagaimana pula dengan kerjaya seninya?
RAMI MALEK DEDAH PENGALAMAN PERKAUMAN OLEH POLIS
Rami Malek telah berkongsi di dengan media kejadian mengejutkan yang didakwa berprofil perkauman oleh polis kerana penampilannya. Pelakon Mesir-Amerika itu, yang ibu bapanya berhijrah ke Amerika Syarikat dari Kaherah sebelum kelahirannya. Ini bukan kali pertama dia menerima layanan teruk di Amerika Syarikat. Malek bercerita tentang cabaran yang berkaitan dengan warisannya. “Saya tercampak pada bonet kereta…
BRAD PITT BERSUARA SELEPAS WANITA DITIPU HASIL PENIPUAN CATFISHING
Nasib si malang! Heboh satu dunia apabila hanya dengan menggunakan teknologi seorang wanita Perancis yang ditipu untuk menjalinkan hubungan dalam talian dengan seorang penipu yang menyamar sebagai pelakon pemenang Oscar itu. Dalam satu kisah seperti filem Hollywood, seorang penipu yang menyamar sebagai Brad Pitt didakwa melarikan wang ribuan dolar dalam satu skim penipuan catfishing. Inilah…
5 AKTOR YANG MENIMANG CAHAYA MATA SULUNG PADA USIA LEBIH 50-AN
Ramai selebriti memilih untuk memulakan keluarga pada lewat usia kerana bimbang komitmen akan mengganggu perjalanan kerjaya.
10 SELEBRITI TERKENAL YANG MENINGGAL DUNIA SECARA TRAGIS
Kematian selebriti tentunya diratapi peminat di seluruh dunia, terutama jika ia berlaku secara mengejut dan pada usia terlalu muda.
7 PASANGAN SELEBRITI POPULAR DENGAN JURANG USIA KETARA
Menjalin hubungan dengan pasangan yang usianya jauh lebih muda atau lebih tua bukanlah satu perkara besar dalam dunia Hollywood.