SALT BAE DIKRITIK KERANA MELANGGAR PERATURAN FIFA
Aksi Salt Bae di padang Piala Dunia 2022 selepas kemenangan Argentina menentang Perancis mengundang rasa kurang senang di kalangan peminat.
Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gokce dilihat bertindak agresif dengan menarik kasar lengan Lionel Messi dan menepuk bahunya beberapa kali untuk menarik perhatiannya.
Walau kelihatan tidak selesa, pemenang tujuh kali anugerah Ballon d’Or itu akhirnya berpaling, berjabat tangan dan merakam foto bersamanya sebelum beredar dengan pantas.
Chef selebriti itu juga dirakam menepuk trofi Piala Dunia sewaktu berdiri bersebelahan Angel Di Maria yang menjaringkan gol kedua Argentina dan menggigit pingat penjaga gol Franco Armani yang ketika itu masih tergantung di lehernya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FOTO SUKAN YANG MERAIH TANDA SUKA PALING BANYAK DI INSTAGRAM
Siapa sangka hantaran sukan juga popular di Instagram terutama yang memberi inspirasi dan mengandungi momen bersejarah.
5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI LEO MESSI
Tahukah anda juara Piala Dunia 2022, Leo Messi mempunyai masalah kekurangan hormon tumbesaran yang membantutkan ketinggiannya pada usia 11 tahun?
FOTO PIALA DUNIA LIONEL MESSI KINI PALING POPULAR DI INSTAGRAM
Satu koleksi foto yang dikongsi bintang Argentina, Lionel Messi kini menjadi hantaran paling disukai di Instagram dengan lebih 67 juta likes.
LELAKI BERKUMIS DI WORLD CUP 2022, 6 PILIHAN GL
Lelaki dan janggut ibarat pemanis sejati. Lambang kejantanan yang buat wanita terpegun. Baru-baru ini kala World Cup 2022 berlangsung, GL intip gaya kumis terbaik.
5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI ‘SOUTH KOREA NO 9’, CHO GUE-SUNG
Walaupun sudah tersingkir daripada kejohanan Piala Dunia 2022, pemain kebangsaan Korea Selatan, Cho Gue-sung terus menjadi bualan peminat bola sepak di seluruh dunia.
DREAMERS BY JUNGKOOK, LAGU PIALA DUNIA PERTAMA UNGGULI CARTA BILLBOARD
Di pentas Stadium Al Bayt, Jungkook menghiburkan penonton dengan lagu Dreamers buat pertama kalinya, yang merupakan runut bunyi bagi Piala Dunia Qatar 2022.