Skip to content

SEJARAH HITAM MAHKOTA PERMATA DIRAJA BRITAIN YANG TIDAK DIKETAHUI RAMAI

SEJARAH HITAM MAHKOTA PERMATA DIRAJA BRITAIN YANG TIDAK DIKETAHUI RAMAI

Kongsikan artikel ini

Istiadat pertabalan yang berlangsung 6 Mei lalu menyaksikan Raja Charles III dan Permaisuri Camilla menggayakan beberapa mahkota permata Diraja.

Walaupun perhiasan kebesaran Diraja itu amat mempesona, beberapa berlian mewah yang menghiasi mahkota tersebut mewakili sejarah hitam imperialisme Empayar British. Kini, monarki yang baru ditabal menjadi Raja berdepan desakan untuk menghantar pulang ‘khazanah’ itu kepada negara asal.

Menjelang pertabalan Raja Charles, Istana Buckingham memberi jaminan bahawa Permaisuri Camilla tidak akan memakai berlian Koh-i-noor penuh kontroversi pada hari bersejarah itu. Sebaliknya dia menggayakan berlian Cullinan, koleksi permata yang dikaitkan dengan sejarah kolonial Britain di Afrika Selatan. Tidak lupa juga sebentuk lagi permata kontroversi, berlian Lahore. Buat kebanyakan orang yang negaranya pernah dijajah Britain, berlian-berlian ini termasuk mahkota permata Diraja adalah peringatan kepada eksploitasi sejarah yang menyakitkan.

Ayuh selami sejarah hitam di sebalik permata yang berada dalam simpanan monarki Britain.

2 of 3

Berlian Lahore

Berlian ini menjadi ‘milik’ Britain apabila Syarikat Hindia Timur merampas Fort Lahore di kawasan yang kini dikenali sebagai Pakistan pada 1849. Di bawah perjanjian paksa yang sama seperti Putera Duleep Singh, berlian Lahore dilihat sebagai sebahagian daripada bayaran hutang oleh wilayah Lahore kepada Kerajaan British dan perbelanjaan perang. Royal Collection Trust sekadar menyatakan bahawa berlian Lahore ‘dipersembahkan kepada Ratu Victoria pada 1851’. Ia disemat pada rantai yang dipakai Ratu Elizabeth II ketika pertabalannya. Permaisuri Camilla turut menggayakannya pada istiadat pertabalannya dan Raja Charles baru-baru ini.

Foto: The Quint

2 of 3

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KEMUNCULAN AWAM PERTAMA RAJA CHARLES SELEPAS DIDIAGNOS KANSER

KEMUNCULAN AWAM PERTAMA RAJA CHARLES SELEPAS DIDIAGNOS KANSER

Bacaan Lanjut
BARISAN TETAMU YANG BAKAL HADIR, TIDAK BERPELUANG KE ISTIADAT PERTABALAN RAJA CHARLES

PENGHORMATAN BUAT RATU ELIZABETH II PADA ISTIADAT PERTABALAN RAJA CHARLES & PERMAISURI CAMILLA

Bacaan Lanjut
10 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG RAJA CHARLES III

10 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG RAJA CHARLES III

Bacaan Lanjut