SELAMAT BERTUGAS PM KE-8!
Tarikh 1 Mac 2020 menyaksikan satu peralihan kuasa yang tidak pernah dijangka akan terjadi, namun akhirnya menoktahkan segala kemelut politik yang dilihat semakin meruncing sejak kebelakangan ini. Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilantik secara berkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Perdana Menteri kelapan selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Dan hari ini, tanggal 2 Mac 2020, TSMY mula bertugas dan kelihatan beliau memasuki Perdana Putra di Putrajaya yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri tepat pukul 8.00 pagi bagi memulakan tugas secara rasmi sebagai perdana menteri.

Foto: Astro Awani
Menerusi sumber, berikut adalah fakta-fakta menarik tentang PM kita yang kelapan.
1. Dilahirkan pada 15 Mei 1947 dan kini berusia 73 tahun, TSMY dilahirkan di Muar, Johor dan telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. Dikurniakan empat anak, dua lelaki dan dua perempuan.
2. Penglibatan dalam bidang politik:
– Ahli Parlimen Pagoh, Johor sejak 1978.
– Dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-13 pada 1986.
– Timbalan Pengerusi Barisan Nasional dan Timbalan Presiden Umno bermula 2009 – 2016.
– Digantung jawatan Timbalan Presiden Umno berikutan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Februari 2016.
– Dipecat sebagai Timbalan Presiden Umno pada Jun 2016.
– Menjadi antara tulang belakang yang mengasaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan dilantik sebagai Presiden pada September 2016.
– Dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi Majlis Presiden Pakatan Harapan pada Julai 2017.
3. Portfolio Kabinet:
– Menteri Belia dan Sukan (1995 – 1999)
– Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1999 – 2004)
– Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2004 – 2008)
– Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2008 – 2009)
– Menteri Pelajaran (2009 – 2013)
– Timbalan Perdana Menteri (2009 – 2015)
Foto credit on top: Mstar
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KENALI SYED ABDULLAH SYED ABDUL RAHMAN, ABANG YB SYED SADDIQ YANG TAMPAN PERSIS MODEL
Kami di GL tidak boleh menafikan personaliti serta aura tampan abang kepada YB Syed Saddiq itu.
SYAMSUL YUSOF: PENGARAH VISIONARI FILEM MALAYSIA
Dalam lanskap filem Malaysia yang semakin berkembang, tidak banyak nama yang mampu menyaingi kehebatan dan pengaruh seperti Syamsul Yusof.
AUGUSTIN ENG, PASANG IMPIAN BEKERJASAMA DENGAN PEREKA FESYEN LOKAL
Augustin Eng mula dikenali sejak dia aktif berkongsi content menarik di media sosial. GLAM Lelaki mengenali ‘content creator’ muda ini lebih dekat.
“HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE.” – NINA HASNUL
Nama Nina Hasnul cukup dikenali lebih-lebih lagi dalam kalangan peminat muzik dan fesyen tidak kira lelaki atau wanita.
NIK RIFA’IE: WAJAH UTAMA GL GANG & MENYELAMI KREATIVITI BINTANG BERBAKAT BESAR
Nik Rifa'ie yakin bahawa inisiatif ini akan membawa inspirasi kepada ramai, sekaligus membuka peluang baru.
LACOSTE STRIPS DOWN TAYLOR ZAKHAR PEREZ UNTUK KEMPEN TERBARU
Taylor Zakhar Perez tampil bergaya di hadapan lensa dengan hanya mengenakan Lacoste minimalist boxer briefs. Oh...hangat!