SELEBRITI LELAKI YANG TERSENARAI DALAM GUINNESS WORLD RECORD
Guinness World Record terkenal dengan senarai fakta paling menarik, paling ekstrem, juga paling pelik. Daripada pelari terpantas hingga ke kuku terpanjang, boleh dikatakan hampir semua aspek tersenarai. Jadi tidak hairanlah jika beberapa selebriti dan personaliti terkenal memegang beberapa rekod. Berikut antaranya…
Justin Bieber
Foto: Pratik Chorge/Hindustan Times via Getty
Bieber pernah memegang rekod saluran muzik paling banyak ditonton di YouTube, saluran muzik pertama yang mendapat tiga bilion tontonan (JustinBieberVEVO), dan artis solo termuda yang mendapat lima album nombor satu US.
Dia juga yang pertama memegang tiga kedudukan teratas di carta single UK secara serentak dengan lagu Love Yourself (No.1), Sorry (No.2), dan What Do You Mean? (No.3) pada 14 Januari 2016. Malah penyanyi sehebat The Beatles mahupun Elvis Presley tidak berjaya memegang rekod tersebut.
Penyanyi ini juga pernah memegang rekod dunia untuk video atas talian yang menerima paling banyak ‘dislike’ untuk lagunya, Baby. Namun rekod itu telah diambil alih oleh YouTube Rewind 2018.
BTS
Foto: Yoan Valat/AFP/Getty Images
Kumpulan paling popular, BTS merupakan yang pertama memegang kedudukan nombor satu dalam carta album US.
Kumpulan ini memegang rekod untuk video YouTube paling banyak ditonton dalam masa 24 jam untuk lagu Boy With Luv duet bersama Halsey, dengan 74,600,000 tontonan antara 12 hingga 13 April 2019.
Pada 2020, kumpulan ini memecahkan rekod sendiri dengan video Dynamite, yang menerima 101,000,000 tontonan pada 22 Ogos 2020.
Mereka juga memegang rekod untuk interaksi Twitter paling banyak bagi kumpulan muzik, dan yang terpantas mencapai satu juta pengikut di TikTok.
Eminem
Foto: Amy Harris/Invision/AP
Pada 2013, Eminem memegang rekod untuk perkataan paling banyak dalam lagu hit Rap God, iaitu 1,560 perkataan dalam enam minit empat saat. Dalam segmen satu minit empat saat, dia melontarkan 97 perkataan.
Dia juga memegang rekod album nombor satu US yang paling berjaya oleh artis solo dengan enam album.
Pharrell Williams
Foto: Alexander Tamago/Getty
Sepanjang 24 jam, lagu Happy memecah rekod untuk video muzik paling panjang. Lagu tersebut diputar secara berulang sebanyak 300 kali sambil barisan penari dan selebriti membuat persembahan dan lip-sync.
Cristiano Ronaldo
Foto: Antonio Calanni/AP
Bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo merupakan orang dengan pengikut paling ramai di Instagram (245 juta pengikut). Satu-satunya akaun yang mempunyai lebih ramai pengikut adalah Instagram sendiri.
Sebelum Ronaldo, Selena memegang takhta ini selama beberapa tahun.
Vin Diesel
Foto: Universal Pictures
Bintang Fast and Furious ini berkongsi penghormatan di Facebook atas kematian pelakon gandingan yang juga sahabat karibnya, Paul Walker pada November 2013.
Penghormatan yang menyentuh hati itu mendapat tanda ‘like’ paling banyak di Facebook, dengan lebih tujuh juta reaksi.
Jackie Chan
Foto: Kiyoshi Ota / Getty Images
Pelakon, penerbit dan koordinator lagak ngeri ini memegang rekod untuk aksi lagak ngeri paling banyak dimainkan oleh aktor sejak 2012.
Dia muncul dalam lebih 100 filem sejak 1972 dan mendapat banyak kecederaan dalam tempoh tersebut termasuk patah hidung, tulang pipi dan tengkorak. Dia juga memegang rekod untuk kreidt paling banyak oleh orang yang sama dalam satu filem untuk CZ12.
Martin Scorsese
Foto: Kevin Winter/Getty Images
Pengarah Hollywood terkenal, Martin Scorsese memegang rekod untuk pencalonan Oscar paling banyak oleh seorang pengarah. Dia meraih gelaran ini pada Academy Awards 2020 di mana dia dicalonkan buat kali kesembilan untuk filem arahannya, The Irishman.
RuPaul
Foto: Dan MacMedan/Getty Images
Sehingga 20 September 2020, RuPaul mempunyai kemenangan Emmy paling banyak sebagai pengacara untuk program realiti mahupun pertandingan. Selebriti ini telah memenangi anugerah tersebut sebanyak lima kali untuk rancangannya, RuPaul’s Drag Race.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: BEBAS COVID, NAMUN LEWIS HAMILTON GAGAL REBUT GELARAN JUARA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 GAYA FESYEN NABIL AHMAD
Nabil Ahmad bukan sahaja dikenali sebagai pengacara berbakat dan pelawak versatil, tetapi juga dengan gaya uniknya.
ALIFF AZIZ: SEORANG LELAKI YANG SEMAKIN MATANG
Dari bintang di pentas hiburan hingga menjadi bapa, Aliff Aziz adalah bukti bahawa setiap lelaki boleh berubah kepada lebih baik.
NIK RIFA’IE: WAJAH UTAMA GL GANG & MENYELAMI KREATIVITI BINTANG BERBAKAT BESAR
Nik Rifa'ie yakin bahawa inisiatif ini akan membawa inspirasi kepada ramai, sekaligus membuka peluang baru.
5 DRAMA TERBAIK LAKONAN RAJA ATIQ
GLAM Lelaki senaraikan lima drama terbaik lakonan Raja Atiq yang telah mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai bintang drama Malaysia.
JEFRI NICHOL CIUM MESRA AMEERA KHAN
Pasangan hangat bercinta aktor Jefri Nichol dan Ameera Khan meragut perhatian dengan adegan mesra sehingga mengundang rasa tidak senang.
TAHNIAH! JOSHUA FITTON DAN SITI SALEHA SAH BERGELAR SUAMI ISTERI
Pereka fesyen Joshua Fitton dan aktres terkenal, Siti Saleha telah melangsungkan majlis dalam satu acara tertutup yang dihadiri keluarga dan teman rapat.