SINEAD O’CONNOR BERDEPAN UJIAN TERBESAR DALAM HIDUP SEBELUM MENINGGAL DUNIA
Sinead O’Connor Luah Kerinduan Buat Puteranya
Menerusi ciapan terakhir di akaun Twitternya yang kini telah dipadam, ikon muzik kelahiran Ireland itu meluahkan keperitan yang dialaminya. “Saya bagaikan mayat hidup sejak pemergiannya. Dia adalah cinta hati saya, pelita jiwa saya. Kami bagaikan satu jiwa dalam dua jasad. Dia satu-satunya insan yang menyayangi saya tanpa syarat. Saya terperangkap di alam ‘bardo’ tanpa kehadirannya.”
Ibu kepada empat cahaya mata itu turut memuat naik beberapa pautan lagu sedih dan menyayat hati di Spotify. Ia termasuk Chenrezi, How Can You Mend a Broken Heart, Here But I’m Gone dan No One Knows About a Good Thing. Dia mendedikasikan salah satu lagu itu kepada semua ibu yang kehilangan anak akibat membunuh diri.
Sinead O’Connor bergelar penyanyi pada tahun 1980-an menerusi album pertama, The Lion and The Cobra. Namanya menjadi sebutan peminat selepas pelancaran album I Do Not Want What I Haven’t Got pada 1990. Lagu popularnya yang ditulis oleh mendiang Prince, Nothing Compares 2 U berjaya menembusi carta global dan dinobat sebagai lagu nombor satu dunia oleh Billboard Music Awards.
Sejak memeluk Islam pada 2018, dia menukar namanya kepada Shuhada’ Sadaqat namun masih mengekalkan Sinead O’Connor sebagai nama pentas. Kurang dua minggu lalu dia berkongsi perancangan untuk melancarkan album baru dan impian untuk menjayakan konsert jelajah dunia.
“Hai semua, saya berpindah balik ke London baru-baru ini, selepas 23 tahun. Teruja dapat ‘pulang’ ke sini. Album terbaru saya hampir siap dan akan dikeluarkan pada awal tahun depan. Saya berharap dapat mengadakan konsert di Australia dan New Zealand menjelang akhir tahun 2024. Eropah, Amerika Syarikat dan negara lain pula pada awal tahun 2025.” Malangnya hasrat itu tidak kesampaian kerana ajal lebih awal menjemputnya.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: ORLANDO BLOOM DEDAH PERGELUTAN DENGAN KESIHATAN MENTAL SELEPAS KEMALANGAN NGERI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK LELAKI
Secara skeptikalnya, lelaki sering dikatakan untuk tidak mencari sokongan kesihatan mental kerana norma budaya dan sosial.
FOTO SEKITAR PERARAKAN PENGEBUMIAN SINEAD O’CONNOR
Ribuan peminat, selebriti dan orang kenamaan memenuhi jalan di pekan Bray untuk memberi penghormatan terakhir kepada Shuhada’ Sadaqat.
SELEBRITI YANG BERGELUT DENGAN KESIHATAN MENTAL & TERBUKA BERCAKAP MENGENAINYA
Gangguan mental bukanlah isu enteng. Pemergian Angus Cloud dan Sinead O'Connor turut dikaitkan dengan masalah ini.
KEHILANGAN ANGUS CLOUD DIRATAPI PELAKON EUPHORIA & RAKAN SELEBRITI
Industri hiburan Hollywood dikejutkan dengan pemergian aktor Angus Cloud pada usia begitu muda, 25 tahun.
SEGALANYA MENGENAI RONAN KEATING CONCERT LIVE IN MALAYSIA 2023
Kali terakhir Ronan Keating membuat persembahan di negara ini adalah pada awal tahun 2020, sebelum pandemik Covid melanda dunia.
PUTERA HARRY DISAHKAN MENGHIDAP GANGGUAN MENTAL KALA WAWANCARA SECARA LANGSUNG
Strim langsung Putera Harry bersama pakar terapi Dr Gabor Mate baru-baru ini tanpa sengaja membongkar satu lagi masalah mental yang dihidapinya.