Skip to content

“I’M A DREAMER, I DREAM BIG AND I DON’T SETTLE.” – SKY ISKANDAR, MODEL & USAHAWAN ERA BAHARU

Kongsikan artikel ini
1 of 3

KEMUNCULAN MODEL-MODEL BAHARU TERNYATA MEWARNAI INDUSTRI FESYEN TEMPATAN. SKY ISKANDAR ANTARA MODEL ERA BAHARU YANG SEMAKIN GIAT MEMBINA NAMA SEBAGAI MODEL. KENALI SKY ISKANDAR (@skyiskndr), SEORANG MODEL, USAHAWAN DAN BAKAL BERLAKON DALAM SALAH SATU NASKHAH SENI BARU. 

PERKHABARAN BAHARU SKY ISKANDAR?

Saya akan muncul dalam filem cereka baharu yang akan ditayangkan pada tahun ini, mungkin juga akan bersiaran di Netflix atau Astro. Saya belum boleh berkongsi banyak lagi tentang ini. Haha. Setakat ini, Sky sedang sibuk berlakon untuk produksi drama TV, bertajuk Alice Kampung Baru, arahan Liyana Jasmay untuk TV3. As for modelling, baru-baru ini Sky terlibat untuk kempen koleksi musim luruh 2023 Joe Chia yang akan dipentaskan di Boon Paris. 

SKY DIPERHATIKAN SEBAGAI SEORANG YANG SUKAKAN FESYEN. YOU HAVE A GREAT STYLE TOO. KONGSIKAN REVOLUSI STAIL PERIBADI SKY?

Saya suka banyak perkara yang bagus-bagus. Saya rasa selera fesyen saya tercetus melalui inspirasi daripada pengalaman saya bekerja dengan orang-orang fesyen, seperti Bernard Chandran, pengurus saya, TTFGA dan Hadri dan ramai lagi. Dari individu yang memiliki stail peribadi yang hebat kemudiannya saya akan menyuntiknya dengan personaliti saya sedikit. Saya tidak mempunyai perkataan khusus untuk menggambarkan stail saya, mungkin di suatu tempat antara ‘old money’ dan pemberontak muda?

APAKAH ATAU SIAPAKAH RUJUKAN FESYEN SKY?

Sukar untuk mengatakan “siapa” atau “apa” secara khususnya kerana saya sentiasa diilhamkan oleh persekitaran saya dan fasa hidup saya yang saya alami pada masa tertentu. Saya suka bereksperimen dengan gaya saya jadi terkadang sesuatu yang mudah seperti menonton filem atau mendengar lagu benar-benar boleh mempengaruhi cara saya berpakaian. Dan bertuah bagi saya, berada dalam bidang fesyen juga telah mempengaruhi minat dan kesukaan saya terhadap jenama fesyen dan rekaan mereka. 

 

1 of 3

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut
THE SHAPESHIFTER: 5 PENAMPILAN RAMBUT TERBAIK OLEH ALICIA AMIN

THE SHAPESHIFTER: 5 PENAMPILAN RAMBUT TERBAIK OLEH ALICIA AMIN

Bacaan Lanjut

BLEU DE CHANEL, KARISMA LELAKI, TERJEMAHAN MELALUI GAYA

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA: DALAM RENTAK SENDIRI

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI

Bacaan Lanjut
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA

7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA

Bacaan Lanjut
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER

5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER

Bacaan Lanjut