SUPERMODEL TERSOHOR 90-AN, TATJANA PATITZ MENINGGAL DUNIA
Sepanjang kerjayanya, supermodel kelahiran Jerman ini telah berjalan di pelbagai pertunjukan pentas jenama tersohor termasuk Chanel, Vivienne Westwood, Alaïa dan Helmut Lang. Kemunculan terakhirnya adalah pada 2019 untuk pertunjukan Etro.
Merupakan salah seorang daripada ‘Original Supermodel’, Tatjana mula mencipta nama pada tahun 80-an dan 90-an. Dia juga pernah membintangi pelbagai video muzik dan muncul bersama Naomi Campbell, Linda Evangelista, Cindy Crawford serta Christy Turlington dalam video George Michael, Freedom ’90 pada tahun 1990.
Selain itu dia turut membintangi video Duran Duran berjudul Skin Trade dan video muzik Nick Kamen, Tell Me. Pada tahun 2000, Tatjana muncul dalam video muzik Korn bertajuk Make Me Bad.
Dia disayangi oleh ramai legenda dalam industri termasuk mendiang Peter Lindbergh yang merakam fotonya di samping Linda, Christy, Cindy dan Naomi untuk kulit majalah Vogue British pada Januari 1990, yang kemudiannya menjadi salah satu foto fesyen paling ikonik sepanjang masa.

Foto: Vogue
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BINTANG VINCENZO, NA CHUL MENINGGAL DUNIA SECARA MENGEJUT
Aktor Korea Selatan, Na Chul yang menyinari dunia hiburan sejak sedekad lalu menghembuskan nafas terakhir secara tragis pada 21 Januari.
TRAGIS! PUNCA KEMATIAN JASON DAVID FRANK DIDEDAHKAN
Jason David Frank yang dikenali menerusi siri popular Power Rangers ditemui dalam keadaan tidak bernyawa pada 20 November lalu.
AKTOR & PEMUZIK, WILKO JOHNSON MENINGGAL DUNIA PADA USIA 75 TAHUN
Satu kenyataan yang dikongsi di Twitter memaklumkan Wilko Johnson meninggal dunia pada 21 November lalu di kediamannya di tenggara England.
FAKTA MENGENAI AKTOR LEE JI HAN, MANGSA TRAGEDI HALLOWEEN ITAEWON
Sambutan Halloween di Itaewon, Seoul tahun ini bertukar pilu apabila 154 nyawa terkorban akibat terperangkap dalam satu rempuhan termasuk Lee Ji Han.
KANSER TESTIS: AWAS JIKA ANDA BERDEPAN GEJALA INI!
Kenali gejala awal kanser testis yang mudah untuk dikesan. Kanser testis mudah untuk dirawat semasa masih di peringkat awal pembiakan sel.
5 FAKTA MENARIK JAMBANG LELAKI MENURUT KESIHATAN
Jambang adalah baik untuk sistem kesihatan tubuh badan seseorang lelaki. Di sebalik kajian, banyak fakta menarik berkaitan jambang lelaki.