TAHNIAH! ZAQUAN ADHA & AYU RAUDHAH BAKAL TIMANG ANAK KETUJUH
Pasangan popular, Zaquan Adha dan Ayu Raudhah bakal menerima kehadiran orang baru dalam keluarga besar mereka tidak lama lagi.
Dikhabarkan usia kandungan pelakon jelita ini telah pun memasuki tujuh bulan dan dijangka bersalin pada bulan Julai 2024. Berita gembira itu didedahkan dua kakaknya, Rozita Che Wan atau Che Ta dan Datin Jaja di platform TikTok pempengaruh milik pempengaruh Rosix Omar.
“Asal raya saja mengandung, asal mengandung saja raya. Dia nak masuk tujuh anak dah,” usik Che Ta. Isteri kepada pemain bola sepak terkenal itu mengesahkan perkara tersebut menerusi satu wawancara bersama portal OhBulan!.
“Alhamdulillah ya betul, saya sedang hamil anak ketujuh. Segan sebenarnya nak bercerita panjang, yalah anak ketujuh kan. Sekarang dah masuk tujuh bulan.
“Perut pun dah besar, tak boleh nak sorok. Siapa perasan tu, mereka perasanlah. Minta semua doakan yang baik-baik ya. Kepada peminat yang sentiasa ingat saya tu, saya ucap terima kasih banyak-banyak,” katanya.

Foto: Instagram
Ayu Raudhah Nikmati Tempoh Kehamilan
Aktres berusia 40 tahun itu menambah, dia tidak mengalami alahan teruk sepanjang tempoh mengandung. Bukan saja pada kehamilan kali ini tetapi juga yang terdahulu.
“Saya memang tiada alahan sangat pun. Sejak hamil anak pertama lagi, sangat jarang ada alahan yang teruk atau aneh-aneh.” ujarnya. Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa gembira dan sempat menitipkan doa agar urusan bersalin pelakon itu dipermudahkan kelak.
Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 11, Muhammad Aisy Aryann, 10, Laura Zuleykha, 7, Muhammad Aisy Khaliq, 5, Muhammad Aisy Al Jibreel, 2, dan cahaya mata keenam yang kini berusia setahun.
Foto: Instagram
Pautan berkaitan: KAMAL ADLI & UQASHA SENROSE DIKURNIAKAN ANAK PEREMPUAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
AMEERA KHAN & JEFRI NICHOL: FESYEN SEBAGAI BAHASA CINTA
Ameera Khan dan Jefri Nichol membuktikan bahawa cinta boleh disampaikan melalui gaya dan simbolik yang halus.
TIMOTHEE CHALAMET & KYLIE JENNER DIRAKAM BERPEGANGAN TANGAN DI KOTA CINTA
Selepas menghadiri Golden Globes 2025, Timothee Chalamet dan Kylie Jenner sekali lagi membuat kemunculan bersama di tempat awam.
DILAMAR BENNY BLANCO, SELENA GOMEZ AKHIRNYA TEMUI KEBAHAGIAAN
Selepas beberapa kali gagal dalam percintaan, Selena Gomez melangkah ke fasa baru dalam hidup apabila dilamar teman lelakinya yang juga penerbit muzik terkenal.
BAKAL BERGELAR BAPA, ZACHARY LEVI TERUJA IMPIANNYA MENJADI NYATA
Kehidupan aktor Shazam!, Zachary Levi bakal diserikan dengan kehadiran cahaya mata tidak lama lagi.
FOTO WAJAH PUTERI KELIMA FIZZ FAIRUZ MENCURI PERHATIAN
Selepas dua bulan dilahirkan ke dunia, Fizz Fairuz dan isteri Almy Nadia akhirnya berkongsi wajah dan nama anak kelima mereka bersama peminat.
TINJAU RUMAH AGAM MEWAH BAHARU MILIK DAVID BECKHAM & VICTORIA
Pasangan Beckham sememangnya terkenal dengan portfolio hartanah di seluruh dunia. Kini, David dan Victoria menambah satu lagi aset mewah ke dalam ‘koleksi’ mereka.