Skip to content

TAN SRI MICHELLE YEOH DAN PETE DAVIDSON BAKAL BERSATU?

Kongsikan artikel ini

Ikon perfileman negara dan Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh dan Pete Davidson akan menyertai barisan pelakon filem terbaharu daripada siri francais popular, Transformers.

Tan Sri Michelle Yeoh akan menjadi robot mahkluk asing? Ikon perfileman negara juga Hollywood itu bakal bersatu bersama pelakon komedi terkenal, Pete Davidson dalam menyertai barisan pelakon filem terbaharu daripada siri francais popular, Transformers.

(Photo by Jeremy Chan/Getty Images)

Kedua-dua Tan Sri Michelle Yeoh dan Pete Davidson telah disahkan akan berlakon dalam filem “Transformers: Rise of the Beasts.” Menurut pengarah filem tersebut, Steven Caple Jr. melalui perkongsian video di laman media sosial Instagram, mereka akan meminjamkan suara kepada karakter robot mahkluk asing terbaharu.

Filem yang turut bakal dibintangi oleh Anthony Ramos dan Dominique Fishback itu akan menyaksikan pelakon legenda Malaysia yang terkenal melalui filem seperti “Crazy Rich Asians”, “Crouching Tiger, Hidden Dragon” dan juga “Shang-Chi and The Legend of The Ten Rings” akan memegang watak bernama Airazor. Manakala, Pete Davidson yang merupakan bekas kekasih Kim Kardashians itu akan meminjamkan suaranya kepada watak Mirage.

(Photo by Roy Rochlin/WireImage)

Filem “Transformers: Rise of the Beasts” akan memperkenalkan robot makhluk asing , Maximals dan juga Terrorcons sebagai kumpulan karakter baharu. Kedua-dua ini akan berlawan dengan Autobots dan juga Decepticons. Airozor adalah ahli Maximals dan Mirage pula adalah ahli Autobots.

Peminat Transformers pasti pernah menyaksikan Mirage yang telah membuat kemunculan dalam filem “Transformers: Dark of the Moon” pada 2011 sebelum ini. Watak tersebut telah dibawakan oleh pelakon, Francesco Quinn yang telah meninggal dunia pada 2011.

“Transformers: Rise of the Beasts” akan menemui peminat di pawagam pada Jun 2023.

Tan Sri Michelle Yeoh kini giat mempromosikan filem terbaharu lakonannya, “Everything Everywhere All at Once” yang menerima reaksi positif daripada peminat dan pengkritik filem antarabangsa. Filem ini boleh disaksikan melalui laman penstriman, HBO GO.

 

Foto: Getty Images

Baca lebih lanjut: 10 ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OKTOBER 2022

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MICHELLE YEOH BAKAL TERAJUI SIRI BLADE RUNNER 2099

MICHELLE YEOH BAKAL TERAJUI SIRI BLADE RUNNER 2099

Bacaan Lanjut
MICHELLE YEOH DIANUGERAHKAN PINGAT KEBEBASAN PRESIDEN AS

MICHELLE YEOH DIANUGERAHKAN PINGAT KEBEBASAN PRESIDEN AS

Bacaan Lanjut
MICHELLE YEOH BAKAL DIKURNIA PINGAT TERTINGGI OLEH PRESIDEN JOE BIDEN

MICHELLE YEOH BAKAL DIKURNIA PINGAT TERTINGGI OLEH PRESIDEN JOE BIDEN

Bacaan Lanjut
rancangan baru January 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JANUARI 2024

Bacaan Lanjut
MICHELLE YEOH & JEAN TODT TERIMA PEMBERIAN UNIK SEBAGAI HADIAH PERKAHWINAN

MICHELLE YEOH & JEAN TODT TERIMA PEMBERIAN UNIK SEBAGAI HADIAH PERKAHWINAN

Bacaan Lanjut
NAMA MICHELLE YEOH BAKAL DIPAHAT DI HOLLYWOOD WALK OF FAME

NAMA MICHELLE YEOH BAKAL DIPAHAT DI HOLLYWOOD WALK OF FAME

Bacaan Lanjut