THE HYPEMAKERS, KENALI 5 JEJAKA WAJAH HADAPAN NOVEMBER 2025 INI
GLAM Lelaki menampilkan Mierul, Sky, Salman, Fazziq dan Ismail Izzani sebagai The Hypemakers buat wajah hadapan November 2025.
November telah tiba, dan ia bukan sekadar bulan yang menandakan hujung tahun, tetapi juga bulan untuk meraikan ‘Lelaki Berkelas’ sempena Hari Lelaki Antarabangsa. Edisi kali ini, GLAM Lelaki menampilkan barisan jejaka yang bukan sahaja berjaya dalam bidang seni, malah memimpin dengan gaya, hustle, dan visi perniagaan yang tajam. Mereka adalah wajah baharu industri, pencetus trend, dan The Hypemakers yang sebenar. Wajah-wajah yang menghiasi muka hadapan GLAM Lelaki buat bulan November 2025 ini cukup hebat dari segi wajah dan personaliti peribadi mereka. Personaliti mereka yang ceria menjadikan penggambaran kali ini cukup seronok. Mari kenali 5 jejaka The Hypemakers buat bulan November 2025.

Baca: THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
#1 Mierul Aiman
Nama Mierul Aiman bukanlah baharu dalam dunia hiburan, lebih-lebih lagi lakonan. Kini, evolusinya membawanya menceburi bidang perniagaan apabila beliau melancarkan jenama pakaiannya sendiri, DreamKid. Sebagai seorang yang memberi sepenuh perhatian dalam karyanya, tidak terkejut Mierul kini menjadi salah seorang anak seni yang diraikan. Memulakan langkah pada tahun 2021 selepas menjadi juara Hero Remaja 2021, Mierul kini telah menghiasi wajah hadapan GLAM Lelaki buat beberapa kali. Definitely our favourite GL Boy!

#2 Sky Iskandar
Dari dunia peragaan ke lakonan, Sky Iskandar mewakili generasi bintang yang membuktikan bahawa impak tidak memerlukan suara yang paling lantang. Dikenali kerana pemilihan watak yang berani dan versatile, Sky telah mengukir namanya dengan prestasi lakonan yang sentiasa meninggalkan kesan. Cara Sky membawa dirinya dalam dunia fesyen juga amat effortless dan polished. Sky adalah bukti bahawa bakat yang tulen akan sentiasa mencari jalan ke puncak. Darah seni memang sentiasa mengalir di dalam dirinya, menjadikan Sky salah seorang Hypemakers pilihan GLAM Lelaki.

#3 Salman Farish
Salman Farish adalah hype yang berjalan. Dia bukan sekadar pempengaruh fesyen, tetapi ikon gaya hidup yang mendefinisikan estetika jejaka muda masa kini. Dengan daya tarikan yang tenang dan penampilan yang sentiasa on-point, Salman adalah rujukan utama bagi jejaka muda dalam aspek fesyen. Lebih daripada sekadar pakaian, Salman turut dikenali kerana mempromosikan gaya hidup aktif, terutamanya melalui kandungan lariannya. Salman membuktikan bahawa jejaka berkelas adalah mereka yang mengambil berat tentang penampilan dan kesejahteraan fizikal.

Baca: THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA FAZZIQ MUQRIS
#4 Fazziq Muqris
Mewakili wajah muda yang multitalented dalam industri, Fazziq Muqris membuktikan bahawa sempadan antara pencipta kandungan dan leading man kini semakin kabur. Fazziq membawa tenaga muda, cukup sesuai dengan gelaran The Hypemakers.Dari media sosial hinggalah ke set penggambaran mahupun stesen radio, beliau tahu bagaimana untuk berhubung dengan khalayak. Fazziq adalah simbol kejayaan generasi Z yang membentuk semula landskap hiburan di Malaysia.

#5 Ismail Izzani
Tidak perlu diperkenalkan lagi, Ismail Izzani ialah maestro pop muda yang terus menetapkan standard dalam industri muzik. Selain daripada melodi yang catchy dan lirik yang relatable, Ismail sentiasa diiktiraf kerana gaya peribadinya yang tersendiri dan berani. Dia tidak takut untuk bereksperimen, menjadikan setiap penampilannya satu fashion statement. Ismail Izzani bukan sekadar seorang penyanyi; dia adalah rockstar dengan daya tarikan massa yang membuktikan bakat seni dan gaya peribadi boleh berjalan seiring dengan cemerlang.

Pautan berkaitan: THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA ISMAIL IZZANI
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
JAZMY JUMA, “JUJURLAH DENGAN EMOSI SENDIRI. PELAJARI MANUSIA, BUKAN SEKADAR SKRIP.”
Sebagai pelakon muda yang sedang meningkat naik, Jazmy Juma mula menempa nama sejak berlakon dalam drama Nuh & Nayla dan Hilang Dalam Rindu.
6 ARTIS LELAKI YANG BERKAHWIN PADA TAHUN 2025
Tahun 2025 dipenuhi dengan berita artis-artis lelaki yang berkahwin bersama wanita pilihan mereka yang cukup jelita.
5 BAKAT BAHARU YANG DIJANGKA “GOING BIG” PADA 2026
Menjelang 2026, lima bakat baharu ini dijangka mencipta impak lebih besar melalui lakonan, muzik dan personaliti mereka.
DI SEBALIK SUARA ERA FM, FAZZIQ MUQRIS KINI BERGELAR SUAMI
Fazziq Muqris sah bergelar suami kepada Sharifah Areeqa dalam majlis sederhana namun penuh makna, membuka lembaran cinta baharu.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA SALMAN FARISH
Memiliki gaya peribadi yang unggul menjadikan Salman Farish salah satu inspirasi fesyen terbesar untuk generasinya. GLAM Lelaki tampilkan Salman Farish untuk November 2025.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA ISMAIL IZZANI
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Ismail Izzani antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November










