THEEBAAN KONGSI PETUA CAPAI TAHAP FITNESS TERBAIK
Bagaimana anda berlatih untuk meningkatkan tahap kecergasan dan mencapai matlamat kecergasan tersebut untuk perlawanan besar anda yang seterusnya?
Saya tidak mempunyai jawapan “satu program sesuai untuk semua”, tetapi saya ada buku catatan yang saya gunakan untuk mencatat tahap kecergasan saya. Dalam buku ini, saya akan sentiasa menulis program senaman, sasaran, nombor dan statistik saya di gim serta hari-hari malas saya. Saya tahu ia mungkin kelihatan seperti perkara asas, tetapi ia terbukti sebagai kaedah latihan yang paling berkesan. Program latihan saya direka untuk mengatasi had saya dengan kerap. Saya juga tahu, latihan yang melebihi had saya adalah satu-satunya cara untuk mencapai matlamat saya di UA Combine akan datang.
Bagaimanakah anda mengutamakan atau mengimbangi persediaan untuk pertandingan tersebut jika anda juga mempunyai komitmen lain?
Saya seorang pelakon, dan kadang-kadang tugas ini memerlukan saya untuk berada di set selama berjam-jam melebihi waktu kerja normal. Sejujurnya, ia kadang kala memenatkan mental kerana lakonan memerlukan banyak perkara di mana ia melibatkan emosi, fizikal dan mental. Jika ada pertandingan besar akan datang, saya biasanya akan mengambil cuti selama beberapa bulan untuk penggambaran bagi menumpukan sepenuhnya pada latihan saya dan semua yang perlu saya lakukan untuk memenangi perlawanan tersebut. Di sebalik cabaran yang saya hadapi daripada mengimbangi kerjaya, kecergasan dan masa peribadi saya, saya perlu mengingati “The Only Way Is Through” dan dengan itu, adalah penting bagi saya untuk menyusun keutamaan supaya dapat mengikuti rentak sepanjang hari saya di samping mencapai semua matlamat saya dalam setiap aspek.
Baca artikel berkaitan: MOTIVASI SENAMAN TERBAIK BERSAMA DWAYNE JOHNSON
Tags
Artikel Yang Berkaitan
INSPIRASI BAHARU DUNIA FITNESS MALAYSIA: ‘NEXT-GEN FITFLUENCERS’
Temui barisan fitfluencer, ikon baharu dunia fit Malaysia yang sedang mencipta nama dan memberi inspirasi di media sosial.
KETAHUI 7 CARA UNTUK MENGATASI KULIT BERJERAWAT DAN SENSITIF UNTUK KAUM LELAKI
Masalah kulit berjerawat dan sensitif bukan hanya dialami oleh wanita, malah lelaki juga Ketahui tips atasi kulit berjerawat dan sensitif.
HYROX: PERLUMBAAN FITNESS PALING ‘NEXT LEVEL’ UNTUK LELAKI MASKULIN
Kenali Hyrox, trend kecergasan global kini tiba di Malaysia. Ketahui cara sertai, latihan, dan sebab lelaki maskulin wajib cuba.
PILATES: SENAMAN BAHARU UNTUK LELAKI MODEN
Sudah tiba masa untuk keluar dari zon selesa dan masuk ke studio Pilates. Percayalah, badan anda akan berterima kasih
MULAKAN TAHUN BARU PENUH AKTIF DENGAN UNDER ARMOUR
Under Armour menyediakan kelengkapan larian dan pakaian serba guna sebagai hadiah Krismas untuk diberi kepada orang tersayang.
PEAK FITNESS MEMBAWA KECERGASAN BERTARAF DUNIA DI TRX
Peak Fitness, peneraju pantas dalam sektor kesihatan dan kecergasan kini melancarkan outlet utama mereka di Exchange 106, TRX, Kuala Lumpur.