TOM HANKS DEDAH IMEJ TERBARU UNTUK FILEM BIOPIK, ELVIS PRESLEY
Tahun lalu, penggambaran filem terbaru Tom Hanks tertangguh berbulan-bulan lamanya disebabkan pandemik Covid-19.
Dia yang sedang menjalani penggambaran di Australia dijangkiti virus tersebut pada Mac 2020 bersama isterinya, Rita Wilson dan terpaksa dikuaratin di negara itu.
Kini apabila semuanya sudah hampir pulih, penggambaran filem biopik yang berkisar tentang penyanyi legenda rock ‘n roll, Elvis Presley diteruskan semula. Dan demi watak yang dilakonkannya iaitu sebagai pengurus Elvis, Colonel Tom Parker, dia terpaksa membotakkan kepala.
Dalam program The Graham Norton Show yang ditayangkan Selasa lalu, dia berkongsi imej terbarunya ketika ditemu bual melalui panggilan video atas talian dan mengakui tidak menyukai gaya sedemikian.

Foto: The Graham Norton Show/YouTube
“Biar saya tunjukkan kepada anda gaya rambut buruk saya ini untuk melakonkan watak Colonel Tom Parker. Nampak?” dia bertanya sambil membuka topi yang dipakainya sekilas lalu. “Imej terbaru saya ini hanya menakutkan kanak-kanak, saya minta maaf,” selorohnya.
Berdasarkan respons daripada penonton, nampaknya ramai yang turut kecewa, atau mungkin juga kasihan dengan nasib Hanks. “Jangan risau, jangan takut. Gaya botak ini hanya untuk filem dan rambut saya akan tumbuh perlahan-lahan. Saya jimat banyak masa ketika mandi, jadi saya rasa mungkin anda semua pun perlu botakkan kepala?” dia berjenaka.
Ini bukan kali pertama Hanks tampil dengan gaya rambut sebegini. Dia pernah muncul dengan imej sama ketika menjadi tetamu rancangan Saturday Night Live episod yang berlangsung dari rumah April tahun lalu.
Filem Elvis Presly ini diarahkan oleh Baz Luhrmann dan watak utamanya dilakonkan oleh Austin Butler.
Foto: Economictimes.indiatimes.com
Pautan berkaitan: PEWDIEPIE DINOBAT LELAKI TERKACAK 2020 OLEH TC CANDLER
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR
Eyka Farhana dan Akhyar Rashid kini bergelar ibu bapa. Ketahui detik kelahiran putera sulung dan maksud indah di sebalik namanya.
DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD
Menterjemah secara literal setiap inspirasi sinematik, kolaborasi seni Ed Ruscha dan Dior Cruise 2027 oleh Jonathan Anderson di Los Angeles.
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.











