TOM HOLLAND HILANG BERAT BADAN 14KG UNTUK FILEM TERBARU
Nampaknya Tom Holland berjaya melakukan transformasi tubuh untuk watak utama yang bakal dipegangnya dalam filem terbaru, Cherry.
Watak yang dibawakannya kali ini berbeza dengan peranan yang biasa dilakonkannya dalam filem Spiderman di mana tubuhnya langsing dan sasa.
Berdasarkan novel Nico Walker dengan judul yang sama dan diarahkan oleh Russo Brothers, filem ini berkisar tentang seorang bekas tentera medik (dilakonkan oleh Tom) yang kini kerjanya merompak bank untuk menampung kos ketagihannya terhadap sejenis dadah, opioid. Dia juga jatuh cinta pada seorang wanita muda (Ciara Bravo) yang menderita Gangguan Stress Pasca Trauma (PTSD) tanpa pengetahuannya sendiri.
Tom mengambil langkah-langkah ekstrem untuk melakonkan watak penagih dadah yang sedang bergelut dengan kehidupan, dan sanggup menurunkan berat badan secara dramatik untuk memastikan watak tersebut nampak menjadi. Dalam satu temu bual baru-baru ini, Joe Russo memuji komitmen yang diberikan Tom untuk peranan tersebut.
“Mereka berkorban secara fizikal dan emosi demi filem ini. Saya hanya mahu katakan, Tom hilang berat badan 14 kilogram untuk filem ini. Ciara juga hilang banyak berat badan, dan anda tahu bagaimana perasannya apabila melakukan perkara tersebut untuk seketika, dan anda harunginya setiap hari.
“Anda menahan lapar seharian namun harus pergi bekerja, dan terpaksa berhadapan dengan emosi tersebut. Mereka berdua benar-benar berkorban. Saya tabik, kerana mereka berdua berikan segala yang ada untuk menjayakan filem, untuk memastikan ia benar-benar menjadi.
“Ia merupakan antara hasil kerja paling mengagumkan yang pernah saya lihat. Dan mereka merisikokan tubuh sendiri untuk menjayakannya.”

Tom kini sudah kembali ke berat badan asal dan sedang sibuk menjalani penggambaran filem Spider-Man. Filem Cherry akan ditayangkan pada akhir Februari 2021.
Foto: David Yurman
Pautan berkaitan: 5 PELAKON HOLLYWOOD INI PERNAH BERNIAT UNTUK BERSARA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
‘BOOK CLUB’ KINI MENJADI OBSESI BAHARU GENERASI MUDA
'Book Club' kini menjadi ruang digital detox buat anak muda. Ketahui mengapa komuniti literasi di Malaysia semakin berkembang pesat.
LIGHTING THE PATH: DUA DEKAD REVOLUSI SOSIAL CARTIER
Raikan 20 tahun Cartier Women’s Initiative 2026 di Bangkok. Terokai inovasi 30 usahawan wanita global menerusi tema "Lighting the Path".
TRANSISI MEGA: MARK DAN TEN NCT MENCIPTA IDENTITI BAHARU
Mark dan Ten NCT meninggalkan SM Entertainment. Ketahui impak besar perpindahan dua ikon global ini terhadap industri seni.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
KENALI SYED ABDULLAH SYED ABDUL RAHMAN, ABANG YB SYED SADDIQ YANG TAMPAN PERSIS MODEL
Kami di GL tidak boleh menafikan personaliti serta aura tampan abang kepada YB Syed Saddiq itu.
SYAMSUL YUSOF: PENGARAH VISIONARI FILEM MALAYSIA
Dalam lanskap filem Malaysia yang semakin berkembang, tidak banyak nama yang mampu menyaingi kehebatan dan pengaruh seperti Syamsul Yusof.











