Skip to content

TURUN BERAT BADAN SECARA DRASTIK, GEORGE CLOONEY DIMASUKKAN KE HOSPITAL

Kongsikan artikel ini

“Rasanya saya terlalu berusaha untuk menurunkan berat badan dengan cepat, sehingga mengabaikan kesihatan diri.”

Itu penjelasan George Clooney yang dimasukkan ke hospital beberapa hari sebelum penggambaran filem Netflix terbaharunya, The Midnight Sky.

Menurut sumber, dia melalui proses penurunan berat badan secara drastik sehingga didiagnos menghidapi pankreatitis dan dimasukkan ke hospital kerana mengalami sakit perut.

“Saya perlukan beberapa minggu untuk sembuh dan sebagai pelakon juga pengarah, ia tidak mudah kerana saya perlukan tenaga,” jelasnya kepada Mirror. “Kami melakukan penggambaran di Finland, di kawasan glasier, itu lebih menyukarkan keadaan. Namun ia penting untuk menghidupkan watak ini.”

Filem ini berkisar tentang seorang saintis yang berusaha menghubungi kru angkasawan yang sedang dalam perjalanan pulang ke bumi, yang ketika itu sedang mengalami bencana global.

Clooney juga bercakap kepada ET mengenai kesukarannya menurunkan berat badan untuk peranan itu.

“Saya hilang kira-kira 25 paun untuk watak ini, jadi tubuh saya agak lemah. Saya tidak perlukan jurulatih kecergasan. Pada ketika itu saya cuba untuk tidak makan, tetapi semakin kamu berusia, semakin sukar untuk lakukan transformasi. Mudah untuk menambah berat badan namun sukar untuk melakukan sebaliknya,” jelasnya lagi.

 

Foto: Michael Tran/Getty Images

 

Pautan berkaitan: KAJIAN PERCAYA MATA PALING SEMPURNA MILIK HARRY STYLES

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

cerita menarik di Netflix mesti tonton

CERITA MENARIK DI NETFLIX TERKINI MESTI TONTON

Bacaan Lanjut

KHABAR ANGIN JUSTIN BIEBER MUFLIS BENAR BELAKA?

Bacaan Lanjut

JOHNNY DEPP KEMBALI DENGAN GAYA ‘SILVER FOX’ DALAM FILEM TERBARU DAY DRINKER

Bacaan Lanjut

TOM HARDY EFFECT: SENARAI WAJIB TONTON UNTUK ANDA

Bacaan Lanjut

5 GAYA FESYEN NABIL AHMAD

Bacaan Lanjut

ALIFF AZIZ: SEORANG LELAKI YANG SEMAKIN MATANG

Bacaan Lanjut