ZENDAYA LAKAR SEJARAH DI PENTAS ANUGERAH EMMY 2022
Dengan kemenangan ini, Zendaya menewaskan pesaing berbakat besar lain termasuk Jodie Comer (Killing Eve), Laura Linney (Ozark), Melanie Lynskey (Yellowjackets), Sandra Oh (Killing Eve) dan Reese Witherspoon (The Morning Show).
Dia membawa pulang trofi kemenangan untuk wataknya sebagai bekas penagih dadah bernama Rue Bennett dalam Euphoria musim kedua yang begitu popular tahun ini.
Februari lalu siri itu telah pun diberi ‘lampu hijau’ untuk penggambaran musim ketiga selepas mendapat sambutan luar biasa. Episod pertama musim kedua yang ditayangkan pada 9 Januari 2022 berjaya meraih 14 juta penonton di saluran HBO dan HBO Max.
Kemunculan Zendaya pada anugerah tahun ini juga mencipta rekod sebagai bintang termuda menerima pencalonan Emmy sebagai penerbit.
Foto: Euphoria
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: 10 MOMEN KONTROVERSI DALAM SEJARAH ANUGERAH AKADEMI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
6 PERSONALITI DENGAN KERJAYA DAN GAYA HIDUP YANG ‘CEMERLANG’
Enam personaliti dengan kerjaya hebat dan gaya hidup sihat. Mereka buktikan disiplin diri dan keseimbangan hidup tunjang kejayaan mereka.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: IDAN AEDAN
GLAM Lelaki bawakan pelakon muda yang bawa nama hingga keluar negara, Idan Aedan sebagai salah seorang Men In Cinema buat isu cetakkan September 2025.
7 FILEM & SIRI TENTANG DEPRESI REMAJA DAN PEMBULIAN YANG WAJAR DITONTON
Ketahui 7 karya penting yang menyentuh isu depresi remaja dan pembulian. Kesemuanya mempunyai jalan cerita yang penuh emosi, realistik, dan membuka mata.
TONY EUSOFF: WATAK ‘RAMLEE’ LAKONAN PENUH JIWA
Filem Mencari Ramlee, Tony Eusoff membuktikan bahawa dia adalah pelakon versatil yang memiliki keupayaan membawa apa jua watak berat.
MUAZ ZABIR: DARIPADA LENSA KREATIF KE SKRIP SKRIN BESAR
Muaz Zabir bukanlah asing lagi. Anak kelahiran Kuala Lumpur ini membuktikan bahawa, segala impian mampu diterjemahkan menjadi realiti.











