5 PERSONALITI LELAKI TAMPIL STYLISH DALAM REKAAN RIZMAN RUZAINI
Dalam dunia fesyen lelaki tempatan, nama Rizman Ruzaini sering dikaitkan dengan kehalusan potongan, kemewahan fabrik dan aura eksklusif yang jarang ditandingi.
Walaupun jenama ini sinonim dengan busana couture wanita, rekaan lelaki Rizman Ruzaini juga membawa naratif tersendiri seperti matang, berkarisma dan penuh keyakinan. Lima personaliti lelaki ini membuktikan bahawa gaya maskulin boleh tampil elegan tanpa kehilangan identiti.
#1 Hael Husaini
Tampil di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 (ABPBH 37) dalam Rizman Ruzaini Couture, Hael Husaini menzahirkan definisi sofistikasi moden melalui garisan potongan yang bersih dan kilauan halus yang tidak berlebihan. Dikenali sebagai figura yang berani bereksperimen dengan fesyen, sentuhan Rizman Ruzaini mengangkat gaya Hael ke tahap yang lebih matang, refined, kemas, dan berstruktura. Dinobatkan sebagai Penyanyi Lelaki Popular, penampilan ini bukan sekadar tentang busana, tetapi tentang kehadiran, ketenangan dan kemenangan yang diraikan dengan elegan. Ia adalah potret lelaki kontemporari yang yakin akan identitinya, tidak perlu berlebih untuk menyerlah, dan tahu bila masa untuk bersinar.

Gambar dari Maison Rizman Ruzaini
#2 Anuar Zain
Seorang ikon dalam kelasnya yang tersendiri, Anuar Zain tampil memukau dalam Rizman Ruzaini Couture, memancarkan sofistikasi abadi yang tidak terikat pada trend. Sut champagne dengan perincian manik halus ini menyerlahkan keanggunan yang bersahaja tetapi penuh autoriti. Effortless, berkilau tanpa berlebihan. Aura magnetiknya semakin terserlah apabila Anuar Zain mengambil pentas dalam konsert Empat di Kuala Lumpur, bergandingan bersama Ziana Zain, Ernie Zakri dan Syamel, masing-masing tampil dalam rekaan couture Rizman Ruzaini. Detik pembukaan konsert itu menjadi pertemuan sempurna antara bakat, nostalgia dan ‘high fashion’ di mana Anuar berdiri sebagai paksi elegan, membuktikan bahawa gaya sebenar tidak pernah menua. Satu class act, dari dulu hingga kini.

Gambar dari Maison Rizman Ruzaini
#3 Syamel
Inilah definisi suave yang dilakukan dengan tepat. Syamel tampil memukau dalam ‘suit 3 piece’ Rizman Ruzaini Couture ketika konsert Empat di Kuala Lumpur, memperlihatkan sisi lelaki yang lebih berani dan berkeyakinan. Kilauan baldu mewah, potongan yang kemas serta struktur bahu yang kemas mencipta keseimbangan sempurna antara glamor retro dan sentuhan kontemporari. Penampilannya bukan sekadar pelengkap persembahan, tetapi menjadi sebahagian daripada naratif pentas itu sendiri. Penuh karisma, berani menonjol dan persembahan penuh bertenaga; ‘showstopper’ dari awal hingga akhir.
#4 Fattah Amin
rumah fesyen ini juga juga tidak mengehadkan untuk rekaan glamour ataupun couture sahaja. Rumah fesyen ini juga giat menghasilkan pakaian untuk raja sehari buat selebriti tempatan. Fattah Amin tampil dengan segak dan kemas dalam sut bespoke Rizman Ruzaini Homme yang menampilkan interpretasi halus kolar baju Melayu. Rekaan busana ini disesuaikan dalam siluet moden yang kemas. Diperbuat daripada fabrik royal crepe dengan sentuhan baldu pada bahagian lengan, satu signature rumah fesyen ini. Rekaan ini menggabungkan tradisi dan kemewahan kontemporari dengan penuh ketelitian. Penampilan ini dilengkapkan dengan perincian eksklusif huruf ‘Fa’ dan ‘Alif’ pada lengan baju. Satu kenyataan gaya yang bersifat peribadi dan simbolik, merujuk kepada nama indah Fattah dan Amira. Ia bukan sekadar busana perkahwinan, tetapi manifestasi identiti, cinta dan keanggunan lelaki moden yang diraikan dengan penuh makna.
#5 Nicholas Saputra
Sebagai tetamu khas di Ada Apa Dengan Melly Prom Nite, Nicholas Saputra tampil memikat dalam set Louis daripada koleksi RR Cruise ’25. Diperbuat daripada jacquard satin dan dipotong dengan ketepatan sempurna. Rekaan ini diserlahkan melalui sulaman halus dan perincian lembut yang menaikkan keseluruhan siluet tanpa menuntut perhatian berlebihan. Penampilannya kekal setia kepada identiti Nicholas. Tenang, artistik dan bersahaja; di mana kemewahan dizahirkan melalui tekstur dan perincian. Ia adalah bukti bahawa gaya paling berkesan sering hadir secara senyap, tetapi meninggalkan kesan yang berpanjangan.

Gambar dari Maison Rizman Ruzaini
Artikel Berkaitan: FATTAH AMIN & AMIRA OTHMAN: PESONA BUSANA “SETULUS TAKDIR”
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
IMBAS PERSONALITI ANTARABANGSA YANG PERNAH MEMAKAI REKAAN RIZMAN RUZAINI. SEPERTI LADY GAGA.
Dikenali dengan rekaan mewah, sofistikated dan beridentitikan keanggunan moden, pereka Rizman Ruzaini terus menjadi pilihan bintang ternama.
GL25: SOROTAN YANG MENCORAKKAN BUDAYA LELAKI MODEN
Tahun 2025 sekali lagi menyaksikan bagaimana GLAM Lelaki terus memimpin naratif gaya hidup lelaki Malaysia melalui GL25.
GL25: SOROTAN PENUH GAYA BERSAMA GLAM LELAKI 2025
GLAM Lelaki mengimbau kembali detik-detik berharga bersama selebriti, GL Team dan pelbagai jenama sepanjang 2025 dalam GL25.
LUNAR NEW YEAR 2026: KOLEKSI PERAYAAN DARIPADA PEREKA TEMPATAN
Lihat koleksi Lunar New Year 2026 daripada pereka fesyen Malaysia, dari menswear moden hingga busana warisan kontemporari.
TOTAL GROOMING CHECK: SELEBRITI LELAKI MALAYSIA DENGAN GAYA RAMBUT PALING ‘ON-POINT’
Total Grooming Check oleh GLAM Lelaki menyorot gaya rambut Robert Pattinson & selebriti lelaki Malaysia yang menjadi rujukan grooming moden.
Ernie Zakri, Fattah Amin, Adam Lee & Jazmy Juma Cemerlang di ABPBH ke-37
Ernie Zakri dinobatkan Bintang Paling Popular ABPBH 37, mengatasi saingan sengit daripada finalis top 5 lain.











