GL25: 25 MOMEN ISTIMEWA BERSAMA GLAM LELAKI SEPANJANG TAHUN 2025
GLAM Lelaki imbas semula momen istimewa bersama selebriti, GL Team serta jenama-jenama sepanjang tahun 2025 di GL25.
Berakhirnya tahun 2025 menyaksikan GLAM Lelaki melakar satu perjalanan yang penuh signifikan. Tahun yang menandakan kebangkitan, pembaharuan dan perluasan pengaruh dalam dunia fesyen, gaya hidup serta budaya lelaki moden.
Menerusi bahagian pertama GL25, GLAM Lelaki merangkumkan detik-detik paling bermakna sepanjang tahun, daripada kembalinya isu cetakan yang dinanti-nantikan, barisan cover boys yang berani dan relevan, acara eksklusif yang mendefinisikan semula maskuliniti, sehinggalah ke pentas antarabangsa minggu fesyen dunia. GL25 bukan sekadar imbas kembali, tetapi sebuah pernyataan tentang identiti baharu GLAM Lelaki — lebih matang, lebih berani dan terus menjadi suara utama lelaki kontemporari.
#1 GLAM Lelaki New Era
GLAM Lelaki membawa semula isu cetakan buat pertama kalinya, istimewa buat tahun 2025. Dengan dua isu setahun, bulan Mac dan September menjadi bulan istimewa. Sempena isu cetakan pertama, GLAM Lelaki bawakan 4 individu yang layak digelar GL Boys sebagai penghias muka hadapan. Syafiq Kyle, Meerqeen, Aedy Ashraf dan Ashraf Anuar tampil dengan aura masing-masing, khas untuk isu cetakan ini. Dengan lebih 200 muka surat, isu cetakan pertama GLAM Lelaki dhiasi lampiran fesyen, horologi, grooming serta profil yang versatil.

Selepas 6 bulan, isu cetakan kembali buat tahun 2025 dengan isu September yang istimewa. GLAM Lelaki terbang ke Bangkok, Thailand bersama Hun Haqeem sempena isu cetakan kedua buat tahun ini. Dengan latar gabungan moden dan budaya yang kaya di Bangkok, isu kali ini bukan sekadar visual, malah menjadi lambang perjalanan seni Hun Haqeem yang penuh warna dan cabaran. Isu kali ini juga lebih istimewa apabila temubual dilakukan oleh rakan rapat Hun sendiri, Bella Dowanna.
#2 GL Reset & Revamp
Pada 8 Mei 2025, GLAM Lelaki menganjurkan acara GL Reset, demi menyambut ‘New Era’ GLAM Lelaki. Tema sleek membawa tetamu-tetamu seperti Nadhir Nasar, Mierul Aiman, ALVN, Aedy Ashraf, Awal Ashaari dan ramai lagi hadir dengan busana penuh gaya. Acara ini bukan sahaja menandakan pelancaran semula majalah ini, tetapi juga permulaan pergerakan baru yang mentakrifkan semula maskuliniti moden dengan keanggunan, kekuatan, dan keaslian. Putaran lagu dari DJ Daniel Fleischer menambah kemeriahan malam itu. Antara tetamu yang turut hadir ialah Angel dari Dolla, Iqie dari Insomniacks, Aniq Suhair, Daiyan Trisha, Hael Husaini dan Eddy.
#3 Barisan Cover Boys GLAM Lelaki
Tahun 2025 menjadi tahun yang cukup istimewa buat GLAM Lelaki, dengan kehadiran barisan cover boys yang menghiasi wajah hadapan kami. Tahun 2025 dimulakan dengan wajah kacak Fattah Amin, dengan gaya rambut berwarna merah. Sememangnya memberi kejutan buat peminat-peminatnya. ALVN dan Awal Ashaari turut menghiasi muka hadapan GLAM Lelaki sebagai cover boys yang cukup ikonik.
Pada bulan Oktober, 9 individu terpilih menjadi wajah hadapan GLAM Lelaki, istimewa sempena GL The Man Awards yang pertama. Awal Ashaari, Iqie, Ridzman Zidaine, Noh Hujan dan Han Pin menjadi antara yang terpilih menerima GL The Man Awards 2025. Selain itu, Lucidrari, ASAL Lelaki, Pipi Razi dan Masyadi Mansoor juga menjadi pilihan GLAM Lelaki. Selepas 9 orang menghiasi wajah GLAM Lelaki, November bawakan The Hypemaker sebagai cover boys. Mierul Aiman, Sky Iskandar, Fazziq Muqris, Ismail Izzani dan Salman Farish menjadi pilihan.
#4 Wajah Antarabangsa Menghiasi GLAM Lelaki
GLAM Lelaki mengambil langkah lebih besar dengan menampilkan wajah-wajah antarabangsa sebagai cover boys. Tahun ini, GLAM Lelaki bawakan tiga jejaka dari tiga negara, Singapura, Indonesia dan Thailand ke muka hadapan GLAM Lelaki. Bermula dengan kehadiran Glenn Yong ke Malaysia menemukannya dengan GLAM Lelaki dan lampiran muka hadapan bulan Mei 2025 GLAM Lelaki tercipta. Kemudian, GLAM Lelaki berjaya menambat Reza Rahadian, bintang lagenda Indonesia sebagai cover boy bulan Ogos 2025. Tahun 2025 ditutup dengan bintang Thailand pertama di muka hadapan GLAM Lelaki, Jirayu James.

#5 Minggu Fesyen Penuh Kemeriahan
Antara acara yang menjadi penantian buat GLAM Lelaki setiap tahun, minggu fesyen antarabangsa. Tahun ini kita disajikan dengan momen-momen ikonik di Milan dan Paris Fashion Week sepanjang tahun. Kehadiran bintang Korea Selatan di Milan Fashion Week menjadi bukti kekukuhan Hallyu di mata dunia. Bang Chan di Fendi, Hyunjin di Versace, Lee Jung-jae dan Jin di Gucci. Nama-nama mereka kini semakin besar di dunia fesyen.
Kemunculan kedua Felix di atas runway Louis Vuitton mempamerkan koleksi musim luruh musim sejuk 2025 mereka juga cukup ikonik. Selain Felix, S.Coups turut menjadi salah seorang idol K-Pop yang berada di atas runway, buat jenama BOSS di acara SS26 mereka. Bukan bintang Korea Selatan sahaja, wajah selebriti tempatan seperti Hael Husaini dan ALVN turut menghiasi Milan Fashion Week tahun ini. Selebriti wanita seperti Eyka Farhana, Christinna Kuan dan Ameera Khan turut menjadi watak utama minggu fesyen kali ini.
5 dari 25 momen GL25 telah dikongsikan. Nantikan recap momen-momen istimewa dari GLAM Lelaki sepanjang tahun ini!
Pautan berkaitan: TOTAL GROOMING CHECK: PENCUCI MUKA LELAKI & PRODUK LOKAL TERBAIK
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TOTAL GROOMING CHECK: SELEBRITI LELAKI MALAYSIA DENGAN GAYA RAMBUT PALING ‘ON-POINT’
Total Grooming Check oleh GLAM Lelaki menyorot gaya rambut Robert Pattinson & selebriti lelaki Malaysia yang menjadi rujukan grooming moden.
MEERQEEN DILANTIK SEBAGAI WAJAH BAHARU YSL BEAUTY LE VESTIAIRE DES PARFUMS
YSL Beauty secara rasmi mengumumkan pelakon dan ikon gaya Malaysia, Meerqeen, sebagai wajah baharu Le Vestiaire des Parfums.
TOTAL GROOMING CHECK: SELEBRITI LELAKI PALING FIT 2025
GLAM Lelaki menyorot tiga figura yang bukan sahaja kelihatan fit, tetapi benar-benar mengamalkan gaya hidup aktif
FILEM PANGKU, LAKONAN CLARESTA TAUFAN, FEDI NURIL & ARAHAN REZA RAHADIAN
Filem Pangku arahan Reza Rahadian kini ditayangkan di Malaysia dengan jalan cerita penuh peribadi dan menyentuh emosi penonton.
TOP 5 FILEM MALAYSIA PALING HANGAT TAHUN 2025
Industri perfileman Malaysia pada tahun 2025 banyak mengeluarkan filem-filem hangat dengan pencapaian yang cukup tinggi.
6 ARTIS LELAKI YANG BERKAHWIN PADA TAHUN 2025
Tahun 2025 dipenuhi dengan berita artis-artis lelaki yang berkahwin bersama wanita pilihan mereka yang cukup jelita.











