RIMOWA MERAKAM PERJALANAN IKONIK MICHELLE YEOH DALAM SIRI FILEM PENDEK BAHARU
Rumah bagasi mewah Jerman, RIMOWA, memperkenalkan siri filem pendek eksklusif yang menelusuri detik penting dalam perjalanan tokoh dunia. Dimulakan dengan kisah legenda layar perak Malaysia, Michelle Yeoh.
Dalam dunia fesyen dan gaya hidup global, jenama bagasi sering menjadi simbol mobiliti. Namun bagi RIMOWA, perjalanan sentiasa membawa makna yang lebih mendalam. Tahun ini, maison dari Jerman itu memperkenalkan sebuah siri filem pendek eksklusif yang menelusuri detik penting dalam kehidupan tokoh kreatif dunia. Menawarkan gambaran intim tentang dedikasi, ketabahan dan perjalanan seni mereka.
DETIK BERSEJARAH MICHELLE YEOH DI BERLINALE
Episod sulung siri ini menampilkan ikon kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh. Dia yang diraikan ketika menerima Honorary Golden Bear, anugerah pencapaian seumur hidup di Berlin International Film Festival ke-76. Melalui rangkaian visual fotografi dan filem yang diarahkan oleh pembikin filem Perancis-Maghribi Otman Qrita, penonton dibawa menyaksikan detik peribadi di sebalik pengiktirafan berprestij tersebut.
Apa yang menjadikan momen ini begitu signifikan ialah perjalanan luar biasa Michelle Yeoh sendiri. Seorang pelakon yang telah melangkaui sempadan bahasa, budaya dan genre sepanjang kariernya. Dalam refleksi yang penuh emosi, dia mengakui tidak pernah membayangkan seorang gadis dari Malaysia yang mencintai disiplin, tarian dan impian tanpa batas mampu mengembara sejauh ini melalui dunia penceritaan sinema.


Sebagai simbol penghormatan kepada pencapaian tersebut, RIMOWA turut menghasilkan kotak khas (bespoke case) untuk menempatkan trofi Golden Bear miliknya. Direka dan dihasilkan secara teliti di fasiliti pengeluaran bersejarah jenama itu di Cologne. Kotak tersebut menggunakan aluminium beralur anodised. Material ikonik yang menjadi identiti reka bentuk RIMOWA selama beberapa dekad.
Dari sudut reka bentuk, kotak ini mengambil inspirasi daripada RIMOWA Classic Collection. Dilengkapi elemen tanda tangan seperti pemegang kulit, kemasan perak berkilau serta kunci yang diluluskan TSA. Bahagian dalamannya pula direka dengan slot khusus bagi memastikan trofi tersebut tersimpan dengan selamat ketika perjalanan atau dipamerkan secara elegan di rumah.

Lebih daripada sekadar dokumentasi visual. Siri ini mencerminkan falsafah jenama bahawa penguasaan sebenar dalam apa jua bidang merupakan perjalanan panjang yang dibentuk oleh disiplin. Episod seterusnya dijangka menampilkan lebih ramai tokoh inspirasi dari seluruh dunia, masing-masing dengan kisah peribadi yang menandakan detik penting dalam perjalanan hidup mereka.
Artikel Berkaitan: TAN SRI MICHELLE YEOH CIPTA SEJARAH DI HOLLYWOOD WALK OF FAME
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
RIMOWA RAI TAHUN BARU DENGAN SEMANGAT MELALUI GERAKAN DAN KETAHANAN
Tahun baru 2026 disambut dengan koleksi dan kempen terbaru RIMOWA, menampilkan Greg Hsu dan maestro Opera Peking, Geng Qaoyun.
GL PICKS: 10 PILIHAN BEG LELAKI MINIMAL RINGKAS, REFINED & SENTIASA ON POINT
Senarai 10 beg lelaki minimal 2025, menampilkan jenama mewah seperti Loewe, Prada, LV dan Gucci dalam warna paling trend.
RIMOWA PERKENAL ORIGINAL BACKPACK BERONA SILVER
Kembali dengan rona baharu iaitu silver, RIMOWA sekali lagi membuktikan kehebatan mereka dalam menggabungkan fesyen dan pratikaliti.
SELEBRITI TEMPATAN YANG MENJADI WAJAH JENAMA ANTARABANGSA
Selebriti tempatan kini mampu meletakkan nama mereka ke pesada dunia sebagai wajah jenama-jenama antarabangsa.
KLFW 2025: SOROTAN KOLEKSI TERBAIK DARI PENTAS.
KLFW 2025 mempersembahkan koleksi pereka penuh inovasi dan gaya. Lihat sorotan fesyen yang mencuri perhatian di Kuala Lumpur.
PARIS COUTURE WEEK 2025: KEHADIRAN TETAMU BERPRESTIJ
Paris Couture Week 2025 baru sahaja menutup tirai dengan koleksi-koleksi adibusana yang cukup hebat di mata fesyen.











