TAN SRI MICHELLE YEOH CIPTA SEJARAH DI HOLLYWOOD WALK OF FAME
Dunia hiburan Hollywood menyaksikan satu detik bersejarah apabila Tan Sri Michelle Yeoh menerima bintang ke‑2,836 di Hollywood Walk of Fame. Satu pengiktirafan berprestij yang menghormati sumbangan luar biasa dalam industri perfileman global. Upacara khas ini berlangsung pada 18 Februari 2026 di Hollywood Boulevard, Los Angeles.
Sebagai pelakon wanita Asia pertama yang memenangi Academy Award (Oscar) untuk Pelakon Terbaik, kejayaan ini bukan sekadar simbol kejayaan peribadi, tetapi juga lambang wakil Asia yang menyerlah di persada global.Tan Sri Michelle Yeoh sendiri menyifatkan detik menerima bintang itu sebagai sesuatu yang “di luar jangkaan dan surreal”, sambil mengenang kembali perjalanan kariernya yang tidak mudah dari negeri kelahiran di Malaysia hinggalah ke Hollywood.
Karier & Filem Tan Sri Michelle Yeoh
Lahir di Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh memulakan kariernya dalam filem aksi Hong Kong pada era 1980‑an dan 1990‑an, sebelum melangkah masuk ke dunia filem antarabangsa. Dia memecah tembok stereotaip apabila muncul sebagai Bond girl dalam ‘Tomorrow Never Dies’ (1997), memperlihatkan bakatnya dalam genre aksi serta keberanian melakukan banyak adegan sendiri.
#1 Everything Everywhere All at Once (2022)
Peranan sebagai Evelyn Quan Wang dalam filem yang mengejutkan dunia ini bukan sahaja memenangi Tan Sri Michelle Yeoh Oscar Pelakon Terbaik, tetapi juga mencipta sejarah sebagai wanita Asia pertama yang berjaya dalam kategori tersebut. Watak ini membolehkan dia menonjol sebagai pelakon serba boleh yang dapat membawa emosi mendalam serta fizikal aksi secara seimbang.
#2 Crouching Tiger, Hidden Dragon (2000)
Filem epik seni mempertahankan diri arahan Ang Lee yang mencapai pengiktirafan antarabangsa yang tertinggi. Bukan sahaja mempopularkan kembali genre wuxia, tetapi membantu menempatkan Tan Sri Michelle Yeoh di persada global.
#3 Memoirs of a Geisha (2005)
Drama berlatarkan budaya Jepun ini menyaksikan Michelle Yeoh mempamerkan sisi lakonan beremosi dan elegan, dalam filem yang menghimpunkan barisan pelakon bertaraf dunia termasuk Zhang Ziyi sebagai watak utama, serta Gong Li, Youki Kudoh, Suzuka Ohgo, Samantha Futerman dan Ken Watanabe. Kehadiran Yeoh menambah kedalaman dan kematangan kepada naratif filem yang menyorot perjalanan seorang geisha melalui cabaran, cinta, dan pengorbanan.
#4 Crazy Rich Asians (2018)
Dalam filem romantik komedi yang menjadi fenomena global ini, Tan Sri Michelle Yeoh memukau sebagai Eleanor Young. Seorang ketua keluarga wanita berwibawa yang menampilkan kehadiran tegas dan mendominasi, sambil melakukan beberapa adegan sendiri. Kehebatan Yeoh melakonkan watak integriti karakter ibu dalam naratif keluarga kaya di Singapura.
Filem ini turut menampilkan Henry Golding sebagai Nick Young, yang beralih dari hos rancangan travel menjadi watak utama lelaki, mencerminkan gelombang baru pelakon Eurasia di Hollywood. Constance Wu sebagai Rachel Chu, protagonis yang relatable dan “New Yorkified”. Awkwafina sebagai Peik Lin, yang memecahkan ketegangan dengan komedi yang segar serta Ken Jeong sebagai Wye Mun Goh, bapa kaya Peik Lin yang lucu dan flamboyan.
Selain itu, filem ini menonjol kerana barisan pelakon yang pelbagai latar belakang. Dari pelakon Hollywood, bintang British-Asia, hingga artis Asia Tenggara, termasuk Singapura dan Malaysia. Sekali gus menjadikan Crazy Rich Asians bukan sekadar hiburan, tetapi representasi Asia yang kukuh di pentas global.
#5 Wicked: For Good
Dalam adaptasi muzikal Hollywood terbaru arahan Jon M. Chu, Michelle Yeoh memegang watak Madame Morrible, ketua universiti Shiz. Lakonannya menonjol kerana lebih mendekati karakter tegas dan dingin seperti dalam novel asal Wicked. Berbanding versi muzikal terdahulu. Ini menandakan debut besar Tan Sri Michelle Yeoh dalam dunia muzikal. Satu cabaran yang digambarnya sebagai “risiko” tetapi juga pengalaman yang menggembirakan di set penggambaran.
Filem ini turut menampilkan Ariana Grande dan Cynthia Erivo sebagai pelakon utama. Masing-masing membawa watak ikonik yang memacu naratif utama muzikal ini. Kehadiran trio pelakon ini menambah dimensi dan tenaga baru kepada produksi berskala besar ini. Selain itu, filem ini menonjol kerana representasi Asia yang kukuh, di mana pelakon-pelakon Asia dan Asia-Amerika mengisi watak penting. Membuktikan peranan Michelle Yeoh bukan sekadar simbolik tetapi juga memberi impak terhadap peluang lebih luas bagi bakat Asia di Hollywood. Ia turut menandakan pertemuan semula Michelle Yeoh dengan Jon M. Chu, pengarah Crazy Rich Asians (2018), yang menurutnya memberi pengalaman yang menenangkan ketika kempen Oscar untuk Everything Everywhere All At Once.
Melalui wataknya dalam francais ini, Tan Sri Michelle Yeoh terus menggunakan platformnya untuk memperjuangkan representasi dan peluang lebih besar buat pelakon Asia. Membuktikan bahawa setiap peranan dalam produksi berskala besar boleh memberi makna yang melangkaui hiburan semata-mata.
Selain itu, dia turut beraksi dalam francais besar seperti Shang‑Chi and the Legend of the Ten Rings, serta karya lain seperti A Haunting in Venice yang semakin meluaskan lagi pengaruhnya di Hollywood.
Tidak hairanlah jika tokoh seperti Ang Lee dan pengarah lain hadir di upacara Walk of Fame menghormatinya. Mereka yang pernah bekerjasama dengannya menyifatkan dia sebagai “bukan sahaja pelakon aksi tetapi juga pelakon berjiwa yang dibuktikan melalui pelbagai genre”.
Artikel Berkaitan: TOP 6 PELAKON LELAKI ASEAN YANG MENJADI ‘CRUSH’ RAMAI
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANN POW, DUTA NEW BALANCE MALAYSIA JADI WANITA MALAYSIA PERTAMA TAMATKAN ULTRAMAN AUSTRALIA 2026
Duta New Balance Malaysia, Ann Pow mencipta sejarah apabila menjadi wanita Malaysia pertama berjaya menamatkan Ultraman Australia 2026.
5 LOKASI TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR
Tingkatkan karisma anda dengan sut yang sempurna. Terokai 5 lokasi tempahan 'suit' custom terbaik di Kuala Lumpur untuk gaya versatil.
AKHIRNYA FILEM ROM-COM MALAYSIA! KATA HATI BAWA SEMULA GENRE ROMANTIK KOMEDI
Filem Kata Hati bawakan semula genre romantik komedi yang dirindui ramai, ke pawagam pada 4 Jun 2026 akan datang!
AKHIRNYA AMIRA OTHMAN KONGSI BERITA BAIK, KANDUNGAN HAMPIR 7 BULAN
Selepas menjadi bualan dan spekulasi ramai, Amira Othman akhirnya hadir dengan berita bahawa dia sedang hamil, menimbulkan kegembiraan ramai.
5 LAGU NYANYIAN LAYLA SANIA ANDA PATUT DENGAR
Fasih berbahasa Mandarin, lagu-lagu Layla Sania turut menarik perhatian pelbagai bangsa di dalam dan luar Malaysia.
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.











