THE ORDINARY KINI DI IOI CITY MALL, PUTRAJAYA
The Ordinary terus mengekalkan pendirian yang jelas dengan set penjagaan kulit yang telus, berteraskan sains dan berfokus kepada keberkesanan sebenar. Pada 10 Disember 2025, jenama ingredient-first ini melakar satu lagi pencapaian penting dengan pembukaan butik terbaharunya di IOI City Mall, Putrajaya, sekali gus mengukuhkan lagi kehadirannya di pasaran Malaysia.
Susulan Kejayaan Pavilion KL & Mid Valley
Pembukaan ini menyusul kejayaan dua butik terdahulu di Pavilion Kuala Lumpur dan Mid Valley Megamall yang dilancarkan pada Julai 2025. Sambutan positif daripada pengguna tempatan membuktikan bahawa pendekatan berasaskan pendidikan masih menjadi keutamaan dalam kalangan pengguna penjagaan kulit hari ini. Khususnya mereka yang mahukan hasil yang nyata.

Ruang Retail Sebagai Pusat Pendidikan
Direka dalam skala yang kompak, The Ordinary di IOI City Mall mencerminkan DNA jenama yang minimal dan berfokus. Ruang ini bukan sekadar tempat membeli produk, tetapi berfungsi sebagai pusat konsultasi penjagaan kulit. Antara tarikan utama ialah Consultation Station. Pelanggan boleh mendapatkan panduan peribadi daripada pasukan terlatih untuk memahami bahan aktif, formulasi serta membina rutin penjagaan kulit mengikut keperluan individu.

Menyokong Pengalaman Fizikal Dalam Era Digital
Dalam dunia kecantikan yang semakin digital, The Ordinary terus percaya bahawa pengalaman fizikal dan interaksi bersemuka memainkan peranan penting dalam membina kepercayaan pengguna. Dengan rangkaian produk yang diformulasikan secara saintifik dan pendekatan pendidikan yang konsisten, butik ini memperkukuhkan kedudukan The Ordinary sebagai jenama yang bukan sekadar menjual produk, tetapi membina pemahaman.

Butik The Ordinary di IOI City Mall, Putrajaya kini dibuka kepada orang ramai. Menawarkan satu lagi destinasi penting buat mereka yang menghargai penjagaan kulit yang berfungsi dan nyata.
Artikel Berkaitan: THE ORDINARY MEMPERKENALKAN SET HADIAH MINI: RINGKAS, PRAKTIKAL & SIAP UNTUK DIRAIKAN
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 BUTIK BAHARU DIBUKA PADA TAHUN 2025 DI KUALA LUMPUR
Kuala Lumpur dihadiri dengan butik-butik baharu dalam dunia fesyen yang menambah lagi kemeriahan di kota sibuk ini.
THE ORDINARY MEMPERKENALKAN SET HADIAH MINI: RINGKAS, PRAKTIKAL & SIAP UNTUK DIRAIKAN
Hadiah perayaan lebih mudah dengan koleksi Holiday Sets The Ordinary. Set mini untuk hadiah segera dan praktikal.
KEMPEN SLOWVEMBER THE ORDINARY BESERTA PANDUAN MEMBELI-BELAH
Apabila jenama lain beri kurang, The Ordinary beri lebih. Itulah pembuka buat kempen Slowvember DECIEM tahun ini.
THE ORDINARY LANCAR POP-UP PERTAMA DI MALAYSIA
The Ordinary yang cukup terkenal dengan produk penjagaan kulit ini bertapak di Malaysia sebagai hentian Asia Tenggara pertama mereka.
PIQUARDO PERKENAL KOLEKSI FW24: ERA BAHARU ITALI DAN INOVASI TEKNOLOGI
Piquadro mempersembahkan koleksi FW24, gabungan sempurna gaya Itali dan teknologi canggih kini dibuka di The Exchange TRX dan IOI City Mall.
COACH LANCAR INSTALASI IMERSIF RAMADAN DI PAVILION KL
Musim perayaan ini, Coach melancarkan instalasi imersif Ramadan dengan menampilkan beg tangan Quilted Tabby gergasi untuk pengalaman beli-belah bespoke yang mengujakan.











