10 FAKTA MENARIK TENTANG ZAKAR TIDAK SEMUA LELAKI TAHU
Ramai lelaki masih tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai zakar mereka sendiri.
Tidak boleh dinafikan, zakar sentiasa menjadi perhatian utama oleh semua lelaki. Tetapi, ramai lelaki masih tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai alat kemaluan seksual mereka.

Photo by pantelis geo on Unsplash
Berikut adalah 10 fakta menarik tentang zakar yang tidak semua lelaki tahu:
1. Size does matter!

Photo by charlesdeluvio on Unsplash
Saiz purata zakar adalah antara 3 hingga 4 inci (7 hingga 10 cm) dari atas ke hujung. Walau bagaimanapun, hampir semua lelaki tidak berpuas hati dengan saiz yang mereka miliki.
Menurut kajian lebih daripada 50,000 lelaki, lebih daripada 45% menyatakan mereka berharap mempunyai saiz zakar yang lebih besar.
2. Jenis Zakar

Photo by Mike Jones: https://www.pexels.com/photo/shirtless-men-kneeling-beside-each-other-8874891/
Terdapat 2 jenis zakar di kalangan kaum Adam. Lelaki yang mempunyai zakar yang akan membesar apabila ereksi digelar sebagai grower. Manakala, zakar yang sentiasa kelihatan besar dan tidak membesar ketika tegang pula digelar shower.
Menurut kajian, 79 peratus lelaki adalah grower dan hanya 21 peratus lelaki mempunyai zakar shower.
Baca lebih lanjut: 5 TIP MUDAH PENJAGAAN ZAKAR UNTUK KEKAL SIHAT DAN KUAT!
3. Ejakulasi dan Onani

Photo by charlesdeluvio on Unsplash
Secara puratanya, jumlah ejakulasi yang akan dialami oleh lelaki adalah 7,200 seumur hidup.
Manakala, lelaki yang melakukan mastubasi atau onani mengalami 2,000 kali ejakulasi sepanjang hidup mereka.
4. Orgasme Lelaki

Photo by Deon Black on Unsplash
Secara purata, lelaki mempunyai orgasme yang boleh bertahan selama 6 saat. Orgasme oleh kaum wanita pula boleh mencecah 23 saat setiap kali melalukan hubungan seksual.
Baca lebih lanjut: 5 MAKANAN TERBAIK UNTUK ZAKAR LEBIH KUAT
5. Zakar terbesar milik….

Photo by charlesdeluvio on Unsplash
Menurut kajian yang dilakukan oleh University of Ulster, lelaki dari Republic of Congo mempunyai purata alat kemaluan yang terbesar iaitu 7.1 inci (18 cm).
Menurut rekod tidak rasmi, Jonah Falcon dari New York mempunyai zakar terbesar iaitu 13.5 inci (34 cm). Zakar yang terpendek pula direkodkan hanya berukuran 2 inci.
6. Merokok Bahaya Untuk Zakar?

Photo by Reza Mehrad on Unsplash
Merokok bukan sahaja berbahay untuk kesihatan secara keseluruhan. Ia juga boleh memendekkan ukuran zakar sebanyak 1 sentimeter.
Baca lebih lanjut: RUTIN SENAMAN KEGEL MENGUATKAN ‘SENJATA’ LELAKI
7. Zakar boleh patah?

Photo by Mike Jones: https://www.pexels.com/photo/photo-of-a-shirtless-man-with-tattoos-sitting-on-a-chair-8874676/
Walaupun tidak mempunyai tulang, zakar lelaki masih berisiko untuk patah. Antara semua primat di dunia ini, hanya manusia sahaja yang tidak mempunyai tulang pada bahagian kemaluan.
Jika zakar yang sedang ereksi dan membengkok, atau pasangan terlalu ‘ganas’ ketika bersetubuh, saluran darah pada bahagian kemaluan boleh pecah yang mengeluarkan darah dan membengkak. Oleh itu, lelaki perlu lebih berhati-hati kala beraksi di kamar nanti.
8. Ereksi Lelaki

Photo by Deon Black on Unsplash
Secara purata, lelaki akan mengealami ereksi sebanyak 11 kali sehari. Kelajuan ejakulasi pula 45 kilometer sejam secara purata oleh lelaki di seluruh dunia.
Baca lebih lanjut: MAKAN INI UNTUK MENINGKATKAN STAMINA SEKS DAN ORGASME LELAKI
9. Rupa Memainkan Peranan!

Photo by Amit Chowdhury: https://www.pexels.com/photo/a-man-in-his-underwear-6567588/
Lelaki yang mempunyai wajah yang kacak mempunyai sperma yang lebih kuat. Menurut kaji selidik yang dijalankan di Sepanyol, wanita yang diberikan pilihan antara lelaki yang mempunyai sperma yang kuat, biasa dan lemah akan memilih lelaki yang paling tampan. Lelaki yang berwajah kacak merupakan mengeluar sperma yang lebih kuat.
10. No brainer!

Photo by cottonbro studio: https://www.pexels.com/photo/woman-in-white-crew-neck-t-shirt-and-black-and-white-skirt-sitting-on-chair-4115013/
Otak tidak diperlukan ketika lelaki melakukan ejakulasi. Apabila lelaki bersetubuh, mesej akan dihantar ke saraf tunjnag dan bukannya ke otak. Dan itu sebabnya lelaki akan membuat raut wajah yang pelik ketika klimaks.
Foto: freepik.com, pexels.com & unsplash.com
Baca lebih lanjut: 5 TIP MUDAH PENJAGAAN ZAKAR UNTUK KEKAL SIHAT DAN KUAT!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
8 WANGIAN RAMBUT PILIHAN GLAM LELAKI
Bro! your hair smells! Seperti badan, rambut juga memerlukan perhatian, lelaki moden jika anda seorang yang mementingkan gaya. Stay alert!
HENRY CAVILL WAJAH BAHARU LONGINES ELEGANCE
Aktor Henry Cavill membias gabungan kemewahan dan keaslian yang mencerminkan sepenuhnya kepercayaan Longines bahawa Elegance adalah Attitude.
5 WANGIAN ZESTY & CITRUS BUAT LELAKI
Wangian ringan ini adalah keperluan musim panas yang sempurna, sesuai untuk dipakai pada waktu siang, percutian atau aktiviti kasual.
5 GAYA RAMBUT LELAKI 2025
Tahun 2025, lelaki lebih perlu selektif dalam memilih jenis gaya potongan rambut yang mudah diadaptasi dengan berbagai bentuk wajah.
12 HADIAH UNTUK SANG JEJAKA
Dia memiliki segalanya kerana dia memiliki anda. Jadi anda mempunyai tugas besar dalam pemilihan hadiah, jadi lupakan stokin dan AirPods. Lelaki yang mempunyai segalanya juga tidak menginginkan apa-apa, jadi dia akan memberitahu anda supaya tidak bersusah payah. Ia boleh menjadi tugas yang menakutkan, tetapi biarkan kami menjadi panduan anda. GLAM Lelaki lebih mengenali jenis lelaki…
9 HADIAH HARI VALENTINE UNTUK SI CANTIK
Ungkapkan 'Aku cinta padamu'. GLAM Lelaki bentangkan hadiah Hari Valentine terbaik yang bersifat sentimental serta mempunyai elemen kejutan.