3 HARUMAN PESONA PILIHAN GLAM LELAKI

2. BOSS BOTTLED TONIC
50ml, RM270 | 100ml, RM360 | 200ml, RM504
Karakter:
Gagah dan berintegriti. Komited untuk berjaya, pada rentaknya sendiri.
Rekaan botol:
Cerminan rekaan ikonik flakon BOSS Bottled, dalam rona biru segar.
Dalam keghairahan dunia yang terlampau pantas bergerak, lelaki alfa masa kini lebih cenderung untuk perlahankan langkahnya demi merenung perspektif yang lebih menyeluruh sebelum dia gagah ke hadapan meraih kejayaan. Refleksi dan dedikasi membuahkan resolusi.
Hamparan sitrus dari limau gedang, oren pahit, lemon dan epal melakarkan kesegaran dan energi pada nota atas. Beransur ke nota tengah yang memberi kejutan dengan pengenalan halia untuk menyemarakkan alkimia antara bunga cengkih, geranium dan kayu manis di sini. Di penghujungnya, bagaikan peringatan agar berpijak di bumi nyata, nota dasar dibangkitkan dengan aroma vetiver yang lebih earthy.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE SHAPESHIFTER: 5 PENAMPILAN RAMBUT TERBAIK OLEH ALICIA AMIN
Bagi meraikan watak Zahra dalam Chelot, GLAM Lelaki menampilkan lima penampilan rambut terbaik oleh Alicia Amin.
BLEU DE CHANEL, KARISMA LELAKI, TERJEMAHAN MELALUI GAYA
BLEU DE CHANEL hadir sebagai gambaran seorang lelaki yang yakin, bebas dan tidak perlu terlalu banyak menjelaskan siapa dirinya.
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden kini.
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM
Sarungkan kasut larian dan pasangkan earphones – tiba masanya untuk senaman di luar rumah dengan 10 lagu ini!
TREND GROOMING LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI HUJUNG TAHUN 2026
Daripada skinimalism hingga teknik fragrance layering, trend grooming lelaki kini mengutamakan rutin yang ringkas dan praktikal.










