3 HARUMAN PESONA PILIHAN GLAM LELAKI

3. OUD ESSENTIEL GUERLAIN
125ml EDP, RM851
Karakter:
Pengembara yang mencari inspirasi untuk berpuisi.
Rekaan botol:
Berdasarkan botol wangian koleksi Absolus d’Orient Guerlain, kini diwarnakan hijau dengan label mewah emas berilhamkan motif budaya Timur Tengah.
Oud, ramuan kayu yang dijulang sebagai ‘wood of the Gods’, dijadikan intipati wangian mewah ini. Ramuan penting untuk haruman budaya-budaya Asia, dari Kamboja dan Vietnam, hingga ke India dan Oman. Penuh sejarah dan cukup berharga, minyak oud membangkitkan kesenian dan mimpi, menyuarakan rangkap puisi.
Direka untuk mengagung-agungkan ramuan kayu oud yang sukar didapati, haruman uniseks ini bersifat megah, sensual dan suci. Satu pertembungan Timur dan Barat. Misterinya terungkai dengan nota atas merangkumi kunyit dan bunga geranium, diikuti kesegaran nota tengah yang dibuai kayu Agarwood, Cedar dan bunga ros. Magis kayu oud kemudiannya disimpulkan oleh nota dasar nota kulit, kemenyan dan kayu Gaiac.
Oleh Editorial GLAM Lelaki
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE SHAPESHIFTER: 5 PENAMPILAN RAMBUT TERBAIK OLEH ALICIA AMIN
Bagi meraikan watak Zahra dalam Chelot, GLAM Lelaki menampilkan lima penampilan rambut terbaik oleh Alicia Amin.
BLEU DE CHANEL, KARISMA LELAKI, TERJEMAHAN MELALUI GAYA
BLEU DE CHANEL hadir sebagai gambaran seorang lelaki yang yakin, bebas dan tidak perlu terlalu banyak menjelaskan siapa dirinya.
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden kini.
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM
Sarungkan kasut larian dan pasangkan earphones – tiba masanya untuk senaman di luar rumah dengan 10 lagu ini!
TREND GROOMING LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI HUJUNG TAHUN 2026
Daripada skinimalism hingga teknik fragrance layering, trend grooming lelaki kini mengutamakan rutin yang ringkas dan praktikal.











