Skip to content

4 TABIAT YANG BOLEH MENJEJASKAN KUALITI SPERMA

4 TABIAT YANG BOLEH MENJEJASKAN KUALITI SPERMA

Kongsikan artikel ini

Kiraan dan kualiti sperma amat penting buat kaum Adam yang menginginkan cahaya mata.

Justeru ramai bakal bapa berminat untuk tahu apakah tabiat yang boleh membahayakan sperma. Ada banyak mitos dan khabar angin tentang perkara ini, namun realitinya hanya beberapa aktiviti yang boleh menjejaskan kesuburan lelaki.

GL kongsikan tabiat yang boleh memberi kesan buruk kepada sperma

 

1. Aktiviti Berbasikal

Berita buruk buat lelaki yang gemar berbasikal. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa aktiviti ini mungkin boleh menjejas kesuburan. Satu kajian terhadap atlet lumba basikal Sepanyol mendapati mereka mempunyai kualiti dan kiraan sperma lebih rendah berbanding atlet dalam sukan lain.

Kajian tambahan terhadap penunggang basikal kompetitif jarak jauh menunjukkan bukti serupa. Bagaimanapun untuk menentukan kesahihannya, kajian lebih besar terhadap populasi umum diperlukan.

 

2. Penggunaan Komputer Riba

Foto: Freepik

Dari segi kiraan dan kualiti sperma, terdapat beberapa bukti bahawa komputer riba dengan sambungan Wi-Fi boleh menjadi pembunuh utama. Menerusi kajian yang diterbitkan dalam jurnal Fertility and Sterility, sampel dikumpul daripada 29 lelaki dan sebahagiannya disimpan secara normal manakala selebihnya di bawah komputer riba.

Sperma dalam sampel komputer riba didapati kurang keupayaan berenang dan mempunyai lebih banyak kerosakan DNA. Ini sekali gus menjejaskan peluang untuk menimang cahaya mata. Faktor lain yang mungkin menjejaskan kualitinya adalah haba daripada komputer riba. Bagaimanapun masih banyak kajian diperlukan untuk mengesahkan perkara ini.

 

3. Penggunaan Telefon Bimbit

Satu artikel daripada University of California menghimpunkan beberapa hasil kajian mengenai impak telefon bimbit terhadap sperma dan menunjukkan penemuan buruk. Lapan daripada sembilan kajian mendapati terdapat kesan negatif terhadap kiraannya yang berpunca daripada telefon bimbit. Terutama apabila ia disimpan di dalam poket seluar.

“Telefon bimbit memancarkan radiasi dalam bentuk gelombang elektromagnet. Ia mungkin mempunyai kesan buruk pada sel yang diperlukan untuk perkembangan sperma dalam testis,” kata Dr Ryan Terlecki, MD, pembantu profesor urologi di Wake Forest Baptist Medical Center.

 

4. Merokok

Foto: Freepik

Apabila bercakap tentang cara mengelak masalah ketidaksuburan, penting untuk mengetengahkan tabiat tidak sihat ini. “Merokok dikaitkan dengan banyak masalah kesihatan termasuk sperma,” kata Dr Robert Kaufmann.

Selama bertahun-tahun, kajian mendapati masalah kiraan dan kualiti sperma rendah adalah lebih tinggi di kalangan perokok tegar. Penyelidikan lain menunjukkan aktiviti merokok memberi kesan negatif terhadap kromosom sperma. Jadi tabiat ini perlu dihentikan segera jika tidak mahu ia menjejaskan kesuburan anda.

 

Foto: Gpointstudio/Freepik

Pautan berkaitan: 3 SEBAB MENGAPA LELAKI GAGAL CAPAI EREKSI & CARA ATASI

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SENAMAN LELAKI PATUT CUBA UNTUK MENINGKATKAN KESUBURAN

SENAMAN LELAKI PATUT CUBA UNTUK MENINGKATKAN KESUBURAN

Bacaan Lanjut

TIPS GROOMING AIDILFITRI, JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR!

Bacaan Lanjut
10 TIP PERAPIAN DIRI LELAKI MESTI AMALKAN

10 TIP PERAPIAN DIRI LELAKI MESTI AMALKAN

Bacaan Lanjut
5 CARA SEMULA JADI UNTUK TURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI

5 CARA SEMULA JADI UNTUK TURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI

Bacaan Lanjut

8 JENAMA SKRUB TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

8 WANGIAN RAMBUT PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut