5 CARA MENDAPATKAN MOTIVASI UNTUK KE GIM
Sentiasa tetapkan jadual yang mendorong anda untuk pergi ke gim
Memang benar kita tidak boleh memperuntukkan masa yang terlalu lama kerana masing-masing mempunyai komitmen lain yang perlu diberikan. Namun, tetaplah serius terhadap latihan anda dengan membuat jadual supaya jelas bila waktunya untuk anda bersenam. Jika anda sudah patuhi jadual ini selama sebulan, disiplin untuk ke gim sudah mula kukuh dan akan menjadi rutin tabiat anda. Dengan cara ini, kemungkinan anda akan mula ketepikan kesemua alasan yang pernah membelenggu diri sebelum ini dan mula jatuh hati untuk ke gim. Walau bagaimanapun, latihan anda perlu diselitkan dengan hari rehat juga agar badan anda tidak terlalu penat dan boleh melalui proses pemulihan otot.

Foto oleh Karsten Winegeart dari Unsplash
Cuba berlatih sedikit demi sedikit
Jika anda bersenam pada hari pertama dengan mengeluarkan sepenuh tenaga, berkemungkinnan keesokan harinya anda akan berada penat dan sakit. Oleh itu, untuk orang yang baru berjinak-jinak dengan gim, wajarlah untuk berlatih secara sedikit demi sedikit. Bina momentum supaya anda boleh pergi lebih jauh apabila badan anda sudah cukup bersedia kelak. Dapatkan rentak dan keamatan bagi setiap sesi latihan, tingkatkan masa serta intensiti dalam latihan untuk hasil yang lebih efektif. Jika berlebih-lebihan dalam jangka masa satu hari, mungkin keiinginan untuk ke gim akan mula pudar. Jadi, adalah lebih baik untuk berganti-ganti dari segi latihan atau disiplin. Anda juga boleh fokuskan bahagian yang anda ingin latih supaya setiap hari itu menjadi lebih bervariasi dan tidak membosankan.
Jangan terlepas muzik!

Foto oleh Dollar Gill dari Unsplash
Dalam semua momen penting dalam hidup kita pasti ada muzik. Itulah sebabnya apabila kita berbincang tentang memotivasikan diri untuk ke gim, muzik memainkan peranan yang amat penting. Senarai lagu yang boleh dimainkan begitu fleksibel mengikut kehendak dan citarasa masing-masing. Ada yang suka muzik rancak untuk menaikkan semangat dan tenaga, malah ada yang suka sebaliknya agar mampu mengekalkan dia fokus untuk berlatih. Jadi, mainkan muzik yang mampu memberi anda motivasi dan tetap dengan matlamat anda pada hari itu. Sungguh, muzik juga mampu mengawal hormon anda di samping membantu mendapatkan hasil senaman yang lebih efektif.
Baca artikel berkaitan: PLAYLIST YANG MEMPERHEBATKAN SESI SENAMAN DWAYNE JOHNSON
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DARI FITNESS KE FESYEN BERSAMA AIMRAN JAMIL
Aimran Jamil berkongsi perjalanan daripada kecergasan ke fotografi serta evolusi gaya dalam dunia content creator.
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden kini.
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM
Sarungkan kasut larian dan pasangkan earphones – tiba masanya untuk senaman di luar rumah dengan 10 lagu ini!
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.











